web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai Sains Rugi RM20,600 Urus niaga Matawang Asing

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 9:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tertarik dengan tawaran keuntungan lumayan segera melalui pelaburan matawang asing diterima melalui aplikasi Telegram, seorang pegawai sains mendakwa rugi RM20,600 selepas menyertai skim itu.

Mangsa berusia 29 tahun mendakwa menerima pesanan berkaitan pelaburan berkenaan sekitar jam 10.30 pagi, Isnin lalu, ketika berada di pejabatnya di sebuah hospital dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sebaik sahaja menerima pesanan daripada suspek mengenai kaedah pelaburan dan keuntungan ditawarkan, mangsa membuat pindahan wang secara dalam talian berjumlah RM3,000 ke nombor akaun diberikan.

“Suspek menerangkan kepada mangsa bahawa dia mampu memperoleh keuntungan sehingga RM55,000 dalam masa enam jam selepas menyertai skim pelaburan itu.

Mangsa yang percaya dengan jaminan diberikan suspek memindahkan RM3,000 sebagai permulaan untuk pelaburan terbabit.

“Beberapa jam selepas itu, suspek meminta mangsa membuat pembayaran bagi pendaftaran sebanyak RM17,600 kononnya untuk mengeluarkan keuntungan pelaburan dibuat mangsa,” katanya di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, suspek seterusnya meminta mangsa membuat bayaran tambahan berjumlah RM15,000 sebagai caj untuk perkhidmatan bank dan dia mula rasa curiga dengan penerangan diberikan.

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak mengikuti arahan suspek dan mengambil keputusan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

“Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan, di sini, semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pihak polis sedang mengesan pemilik akaun bank digunakan suspek untuk transaksi pelaburan berkenaan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati jika menerima tawaran mencurigakan berkaitan pelaburan daripada individu atau kumpulan tidak dikenali.

Katanya, penipuan pelaburan melalui aplikasi Telegram dikesan semakin meningkat dan dipercayai modus operandi terbaharu digunakan kumpulan atau sindiket penipuan yang sebelum ini aktif membuat panggilan telefon dan menyamar sebagai pegawai dari agensi kerajaan. - Getaran, 16 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad