web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Penipuan Pinjaman Tidak Wujud : 545 Ditahan, Kerugian Lebih RM5.3 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 8:44AM

Datuk Mohd Kamarudin Md Din (kanan) berkata seramai 545 orang ditahan dalam tempoh itu berbanding 3,183 individu tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 563 kes penipuan perkhidmatan pinjaman tidak wujud yang dilaporkan untuk tempoh Januari dan Februari tahun ini melibatkan kerugian bernilai lebih RM5.3 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Beliau berkata seramai 545 orang ditahan dalam tempoh itu berbanding 3,183 individu tahun lepas berkaitan kes sama dan 3,092 pada 2020.

“Berdasarkan rekod, sejumlah 5,723 kes jenayah ini dicatat pada tahun 2020 melibatkan kerugian RM60.2 juta dan pada tahun lepas, jumlah kes menurun kepada 4,788 kes dengan kerugian RM50.6 juta.

“Modus operandi sindiket penipuan ini ialah mengiklankan perkhidmatan mereka melalui media sosial seperti WhatsApp dengan mengenakan kadar faedah rendah serta proses kelulusan yang pantas antara tawaran diberikan bagi memperdayakan mangsa,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Mohd Kamarudin berkata mangsa yang berminat akan diminta membuat sejumlah bayaran atas pelbagai alasan antaranya fi perundangan, fi perjanjian, fi insurans dan yuran Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum pinjaman diluluskan namun setelah bayaran dibuat, pinjaman tidak diterima.

Beliau menasihati orang ramai agar berwaspada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan pinjaman wang tidak wujud.

“Jangan mudah percaya iklan promosi pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah dan proses permohonan yang pantas tanpa syarat ketat.

‘Orang ramai juga perlu hadir secara fizikal ke institusi perbankan atau kewangan berlesen sahaja untuk membuat permohonan pinjaman wang,” katanya.

Mohd Kamarudin juga meminta orang ramai menyemak akaun bank atau nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ serta mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut dengan menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Rencana 2 tahun yang lalu

Jangan Leka, Jenayah Penipuan Kewangan Masih Berleluasa

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar