web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bunuh Pesara Polis, Penganggur Terlepas Hukuman Mati

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 2:41PM

Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mendapati seorang penganggur tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pesara polis, selepas memutuskan lelaki itu tidak siuman. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati seorang penganggur tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pesara polis, selepas memutuskan lelaki  itu tidak siuman.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata berdasarkan keterangan pakar perubatan, Mohd Rozani Yahaya, 43, tidak siuman ketika kejadian pada 25 Januari 2018.

Wan Ahmad Farid memerintahkan Mohd Rozani diletakkan di bawah penjagaan Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

"Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah kerana ketika kejadian tertuduh telah dibuktikan tidak siuman.

"Justeru, mahkamah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348 (2) Kanun Prosedur Jenayah supaya Mohd Rozani diletak di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia dekat Ulu Kinta, Perak sehingga mendapat perintah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya. 

Mohd Rozani didakwa membunuh Ab Halim Che Yusoff yang ketika itu berusia 69 tahun, di tepi rumah dekat Kampung Apa-Apa, Bunut Susu di Pasir Mas pada 12 tengah hari pada 25 Januari 2018.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab manakala Mohd Rozani diwakili peguam Zameri Mat Nawang. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 14 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad