web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih Sejuta Kanak-Kanak Terima Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 12:26PM

Seramai 1,180,323 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Seramai 1,180,323 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan laman web COVIDNOW, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,838,292 individu atau 91.2 peratus melengkapkan vaksinasi COVID-19, setakat semalam.

Seramai 2,938,106 individu atau 94.4 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, seramai 15,317,615 individu atau 65.1 peratus menerima dos penggalak COVID-19, seramai 22,936,715 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama, melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,213,016 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kadar vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 51,798 dos imunisasi terbabit diberikan membabitkan 14,496 dos pertama, 2,055 dos kedua dan 35,247 dos penggalak.

Data itu menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,214,783. - Getaran, 15 Mac 2022
 

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar