Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh di Ampang, 3 Individu Tertimbus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 8:11PM

3 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, melibatkan 15 rumah dan 10 kereta.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga individu dipercayai tertimbus, manakala seorang berjaya diselamatkan dalam kejadian runtuhan tanah membabitkan 15 buah rumah di Taman Bukit Permai, Ampang petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, manakala tiga dipercayai masih tertimbus.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 5.54 petang sebelum 13 pegawai dan anggotanya dari Balai Bomba Pandan digegaskan ke lokasi.

Menurutnya, sebanyak 15 buah rumah penduduk terjejas akibat runtuhan berkenaan dengan dua daripadanya tertimbus secara total.

“Kita menerima maklumat bahawa terdapat empat mangsa tertimbus akibat runtuhan tanah terbabit, namun seorang daripadanya berjaya ditemui dan diselamatkan pada jam 6.54 petang tadi.

“Mangsa terbabit mengalami cedera ringan akibat tersepit dan dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan, manakala proses mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa masih diteruskan,” katanya kepada media hari ini.

Keadaan rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, hari ini.
Keadaan rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, hari ini.

Runtuhan tanah itu turut mengakibatkan 10 kenderaan tertimbus.

Norazman berkata, setakat jam 7 malam ini, pihaknya masih belum menemui atau mengesan kedudukan tiga mangsa terbabit, namun pasukan penyelamat masih giat meneruskan pencarian.

“Status ketiga-tiga mangsa masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Menurutnya, pergerakan tanah masih berlaku di lokasi kejadian, justeru tindakan sewajarnya akan diambil secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kejadian runtuhan susulan.

Pasukan penyelamat masih menjalankan gerakan mencari mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang.
Pasukan penyelamat masih menjalankan gerakan mencari mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang.

Semalam, media melaporkan lapan kenderaan rosak teruk selepas ditimpa bongkah batu dari bukit berhampiran dalam kejadian di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam insiden pada kira-kira 4.30 pagi itu, bongkah batu menghempap kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan parkir Blok 4 pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kejadian dipercayai disebabkan bencana alam, susulan hujan lebat serta angin kencang di kawasan terbabit sejak beberapa hari lalu. - Getaran, 10 Mac 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Sukan 21 jam yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Selepas 8 Tahun