web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakyat Semakin Terbeban, Anwar Desak Kerajaan Benar Pengeluaran KWSP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 9:33PM

Banyak pihak sebelum ini mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP bagi menampung hidup susulan pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang melanda negara tahun lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rakyat terbeban kewangan secepat mungkin.

Biarpun sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu meletakkan syarat kepada kerajaan untuk menampung kerugian dialami rakyat yang terjejas teruk akibat banjir pada Disember tahun lalu jika tiada pengeluaran KWSP dibenarkan, kini beliau mengubah pendirian berkenaan.

Ia susulan kegagalan kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenuhi syarat ditetapkannya

“Namun, setelah berbulan berlalu, nampaknya kerajaan dan Menteri Kewangan, Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Abdul Aziz) tidak mempedulikan desakan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa bilangan rakyat yang mengeluh kepadanya berhubung perkara terbabit semakin meningkat lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini.

“Justeru, setelah kita melihat bahawa kerajaan seolah-olah tidak ada jalan untuk merungkai kegagalan ini, saya kini mendukung agar pengeluaran terbabit dibenarkan sesegera mungkin dan tanpa ada apa-apa halangan serta kerenah birokrasi.

“Kerajaan juga mesti ambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum,” tegasnya.

Anwar berkata, sebelum ini beliau agak keberatan untuk menyokong langkah membenarkan pengeluaran KWSP kerana ia memberi kesan kepada simpanan rakyat di masa depan.

Bagaimanapun, beliau mengubah pendiriannya ketika rakyat semakin terdesak untuk meneruskan kehidupan seharian ketika ini, terutama mangsa dilanda musibah seperti banjir.

“Dan saya terus mendengar keluhan dalam kalangan rakyat yang hari ini berada dalam keadaan amat terdesak dan menekan, terutamanya semasa jelajah saya di seluruh Johor yang sedang berlangsung,” katanya. - Getaran, 9 Mac 2022

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad