web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RIUH EK: Tak Patuh SOP Berlaku Spontan, Bukan Dalam Atur Cara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 8:11AM

Tular di media sosial program ‘RIUH EK!’, di Ayer Hitam, Johor, yang tidak mematuhi SOP ditetapkan. - Gambar dari media sosial 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden berhubung video tular pada program ‘RIUH EK!’, di Ayer Hitam, Johor yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam, berlaku secara spontan oleh pengunjung.

MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia bukanlah sebahagian daripada atur cara pihak penganjur.

“Pihak penganjur bersama pasukan Rela telah mengambil tindakan segera dengan meleraikan dan meminta pengunjung beredar dengan serta-merta, dan insiden tersebut juga berlaku selepas majlis telah berakhir, dengan Menteri KKMM (Tan Sri Annuar Musa) telah pun meninggalkan majlis,” menurut kenyataan itu.

MyCV memaklumkan sebagai agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang dipertanggungjawabkan ke atas program itu, pihaknya telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kejadian itu, dan menyerahkan kepada polis bagi menentukan hasil siasatan.

“MyCV mengambil berat isu keselamatan dan sentiasa menekankan kepentingan mematuhi SOP dalam semua acara. SOP yang khusus juga disediakan bagi setiap acara yang melibatkan orang ramai, bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19 terhadap pengunjung dan pempamer.

“Susulan insiden ini, MyCV ingin mohon maaf dan akan memastikan insiden sebegini tidak akan berulang di masa hadapan. MyCV juga telah mengarahkan syarikat pengurus acara untuk mengambil langkah yang lebih ketat bagi program berkenaan, di masa hadapan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad