web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Menteri Sarawak Digelar Premier Sarawak, Berkuat Kuasa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 2:29PM

Tan Sri Abang Johari Tun Openg kini digelar 'Premier Sarawak' berkuatkuasa hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak digelar 'Premier of Sarawak' dalam bahasa Inggeris dan 'Premier Sarawak' dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa hari ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Beliau berkata penguatkuasaan penggunaan istilah itu berikutan pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak, yang Rang Undang-undang (RUU) tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 15 Februari.

“Pindaan ini berkuat kuasa mulai hari ini, 1 Mac 2022. Pejabat Ketua Menteri akan dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Office of the Premier of Sarawak’ manakala dalam Bahasa Malaysia sebagai 'Pejabat Premier Sarawak’," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Timbalan Ketua Menteri Sarawak akan dirujuk sebagai 'Deputy Premier' atau Timbalan Premier dalam Bahasa Malaysia manakala Menteri Muda kini akan dirujuk sebagai Timbalan Menteri, juga berkuat kuasa hari ini.

Pindaan untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier itu telah diluluskan oleh DUN dengan majoriti lebih dua pertiga apabila 67 ahli dewan mengundi menyokong manakala enam menentang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa membentangkan RUU itu berkata pindaan di bawah Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sarawak itu adalah mengikut pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dikuatkuasakan pada 11 Februari. - Gambar Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 minit yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar