web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran Di Lawas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 8:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LIMBANG - Tiga kanak-kanak lelaki ditemukan rentung manakala enam ahli keluarga mereka selamat dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Seberang Kedai, Lawas di sini malam tadi.

Ketiga-tiga beradik itu adalah Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4, Mohd Hezmi Huzaili,7, dan Mohd Hezry Huzaimi, 8.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11 malam, susulan itu tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lawas digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari balai bomba tersebut.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat berstruktur separuh kekal yang telah musnah 100 peratus,” katanya.

Menurut jurucakap itu, ahli keluarga yang terselamat adalah bapa dan ibu kanak-kanak itu iaitu Azrie Latip, 45, dan Dayangku Hadianawati, 38, serta dua adik-beradik, Ariesya Aryana,14, dan Muhd Hezrie,12.

Turut terselamat ialah datuk mereka, Awangku Jeman Pengiran Abd Hamid, 72, dan nenek, Aminah Matusop, 73.

Katanya operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 12.45 malam dan mayat kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad