web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilang Terbakar, 2 Pekerja Melecur, Seorang Patah Kaki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 7:22AM

2 pekerja kilang melecur manakala seorang lagi patah kaki dalam satu kejadian kebakaran di kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, semalam. - Gambar dari Facebook Hassan Karim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua pekerja kilang memproses getah tiruan (mesin plastik) melecur, manakala seorang lagi patah kaki dipercayai terlibat dalam satu kejadian kebakaran di kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Suptritendan Mohd Sohaimi Ishak berkata kebakaran di kilang Lotte Ube Synthetic Rubber Sdn Bhd kira-kira 5.16 petang itu, di percayai berpunca dari dua buah tangki simen yang meletup dan menyebabkan kerosakan pada tangki simen tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata kejadian tersebut, tidak melibatkan sebarang kemalangan nyawa.

“Dua orang pekerja telah mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan seorang lagi patah kaki kiri, akibat terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi letupan. 

“Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital Penawar Pasir Gudang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau dalam pada itu berkata pihaknya  mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang awam, yang sentiasa menjadi mata dan telinga dalam memberi maklumat kepada pihak polis.

Terdahulu tular di laman sosial facebook dan aplikasi whatsapp video berdurasi 1.14 saat, memaparkan insiden kebakaran dengan api besar menjulang tinggi ke langit pada petang tadi, yang sekali gus menimbulkan kerisauan khususnya kepada penduduk di Pasir Gudang. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar