web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2,748 Pengundi Muda Didaftar Di DUN Nangka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 10:24AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seramai 2,748 pengundi baharu berusia 18 hingga 20 tahun didaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka sejak pelaksanaan pendaftaran secara automatik pengundi 18 tahun pada 1 Jan lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee berkata dengan pendaftaran tersebut, pengundi-pengundi baharu berkenaan akan merasai pengalaman mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum akan datang.

“Jumlah ini agak besar… Oleh itu, pengundi-pengundi muda ini akan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan Sarawak dan negara.

“Jangan salah guna kuasa dan hak yang ada kerana ia bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada mereka sendiri malah rakyat Sarawak secara keseluruhannya. Sebaliknya gunakannya dengan sebaik mungkin untuk menentukan hala tuju dan masa depan Sarawak terjamin,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Projek SUARA Networking di sini, malam tadi.

Projek SUARA merupakan kerjasama antara Pejabat Ketua Menteri (CMO) Sarawak, Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) serta Owl&Badger Group Sdn Bhd bertujuan memahami kepentingan dan potensi belia bagi menyertai wacana pembangunan di Sarawak.

Terdahulu, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak menggesa golongan muda di negeri ini supaya berani tampil menyuarakan idea-idea baharu dan bernas untuk membantu kerajaan negeri membangunkan Sarawak menjadi negeri paling maju di Malaysia menjelang 2030.

Beliau berkata kerajaan yang memerintah Sarawak kini merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa bersedia mendengar lontaran idea-idea baharu dan bernas daripada golongan muda.

“Golongan muda di Sarawak memang banyak idea baharu, banyak perkara boleh dikongsi tetapi lebih penting sekali berani tampil menyuarakannya kepada kerajaan. Kalau anda mempunyai idea-idea baharu, suarakan sahaja. Kita di Sarawak memerlukan ramai golongan muda yang memiliki kriteria seperti ini.

“Saya adalah seorang pendengar yang baik dan kerajaan memerintah sekarang juga pendengar yang baik,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar