web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi Dilanjutkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 12:57PM

SOP kemasukan pengembara asing ke Malaysia melalui LITB telah diselaraskan mengikut ketetapan dan garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh KKM. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dilanjutkan sehingga sempadan negara dibuka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikemas kini, berkuat kuasa 16 Februari.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 pada 8 Februari lepas. 

"SOP kemasukan pengembara asing ke Malaysia melalui LITB telah diselaraskan mengikut ketetapan dan garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diwartakan pada 16 Feb 2022. SOP ini akan menjadi penanda aras terhadap SOP pembukaan sempadan kelak,” menurut kenyataan itu.

Antara SOP adalah pelancong yang telah menerima dos penggalak dibenarkan keluar dari Pulau Langkawi pada hari kelima sekiranya jika ujian tindak balas rantai polimerase masa nyata (RT-PCR) COVID-19 pada hari keempat negatif atau kit ujian pantas (RTK) Antigen COVID-19 pada hari kelima negatif.

Selain itu, kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah boleh melancong bersama ibu bapa atau penjaga yang telah divaksin tanpa perlu menunjukkan bukti vaksinasi manakala kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak perlu menjalani saringan COVID-19.

SOP itu juga menetapkan pelancong asing diwajibkan membeli polisi insurans bernilai US$50,000 bagi COVID-19 dan pengembaraan serta syarat ini dikecualikan bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.

Kementerian berkenaan turut memaklumkan penerbangan masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi LTIB dibenarkan bermula 22 Feb depan.

Kenyataan itu memaklumkan LITB dilaksanakan bermula 15 November 2021 sebagai projek rintis untuk tempoh tiga bulan.

“Projek rintis ini telah menguji kesediaan dan kesiapsiagaan ekosistem pelancongan negara, khususnya penggiat-penggiat industri pelancongan serta pekerja-pekerja di barisan hadapan untuk menerima kedatangan pelancong asing ke Malaysia secara berperingkat dan selamat,” menurut kenyataan itu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan sama berkata  keputusan itu diharap mendapat sambutan baik daripada pengunjung antarabangsa yang berhasrat untuk datang ke Malaysia melalui LITB pada masa ini. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad