web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


24 Kematian Baharu COVID-19, 11 BID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 11:04AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini mencecah 32,149 dengan 6,504 daripadanya adalah kes BID - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 11 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,149 dengan 6,504 daripadanya adalah kes BID.

Johor dan Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu masing-masing lima kes, diikuti Selangor (empat) dan Kedah (tiga).

Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu pula dua kes di setiap negeri manakala Perak, satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 168,447 kes aktif dilaporkan dengan 155,866 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,963 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 6,419 menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 199 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 115 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 8,517 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 142,800 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 103,222 dos penggalak, 38,851 dos pertama dan 727 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,734,211 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,938,190 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 15 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad