web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PICKids, Tiada AEFI Serius Dilaporkan 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 7:53AM

Salah seorang daripada kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin menerusi program PICKids di WTCKL, baru-baru ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program PICKids menerima reaksi positif apabila seramai 135,478 kanak-kanak di bawah 12 tahun telah menerima dos pertama vaksinasi berkenaan setakat 12 Februari lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, daripada jumlah itu, hanya lapan laporan diterima mengenai kesan sampingan selepas menerima vaksin seperti ruam, bengkak di bahagian muka, batuk-batuk dan keletihan. 

Senario sama turut dilaporkan ke atas penerima suntikan berkenaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pengurusnya, Dr Sharanjit Kaur berkata, pihaknya juga menerima sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang cc mahu anak-anak mereka mendapatkan vaksinasi COVID-19.

“PPV WTCKL setakat hari ini sentiasa penuh dengan temu janji ibu bapa serta penjaga untuk mendapatkan vaksin di bawah program PICKids.

“Selama seminggu PICKids dilaksanakan di PPV WTCKL, kami tidak menerima sebarang aduan kesan sampingan oleh ibu bapa,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Zulkifflee Abdul Latiff (tengah) menemani anaknya untuk mendapatkan suntikan vaksin menerusi program PICKids di WTCKL, baru-baru ini.
Zulkifflee Abdul Latiff (tengah) menemani anaknya untuk mendapatkan suntikan vaksin menerusi program PICKids di WTCKL, baru-baru ini.

Sementara itu, persara tentera, Zulkifflee Abdul Latiff, 48, yang membawa dua anaknya berusia 10 dan 7 tahun, Muhammad Latiff Iskandar Zulkifflee serta Muhammad Iskandar Zulqarnain Zulkiflee memaklumkan, kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang gejala yang teruk.

“Memang tidak ada apa-apa berlaku, tetapi saya lihat selera makan anak saya semakin bertambah.

“Anak saya ambil vaksin di PPVC WTCKL pada hari pertama PICKids dilancarkan 3 Februari lalu, Alhamdulillah semua baik-baik sahaja,” katanya.

Sheryl Cornelius
Sheryl Cornelius

Pendapat sama turut dikongsikan seorang suri rumah Sheryl Cornelius, 36, yang membawa anaknya berusia tujuh tahun.

“Kesan sampingan yang teruk susulan imunisasi setakat hari ini tidak berlaku kepada anak saya. Cuma pada awalnya berlaku lenguh pada tangan. Itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ibu bapa tidak diwajibkan untuk mendaftarkan anak-anak berusia lima hingga bawah 12 tahun bagi menerima vaksin COVID-19.

Ujarnya pemberian vaksin tersebut akan dilakukan secara sukarela.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada sekatan akan dikenakan terhadap kanak-kanak yang tidak divaksinasi. - Getaran, 15 Februari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad