web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


15 Kematian Baharu COVID-19, 5 BID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 12:13PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, lima kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,114 dengan 6,488 daripadanya adalah kes BID.

Johor dan Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu masing-masing empat kes, diikuti masing-masing dua Kelantan dan Terengganu.

Kedah, Melaka dan Sabah pula masing-masing merekodkan satu kes kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 140,336 kes aktif dilaporkan dengan 127,984 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,254 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 5,922 menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 176 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 98 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,442 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 142,800 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 103,222 dos penggalak, 38,851 dos pertama dan 727 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,731,438 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,936,160 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 13 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad