web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri PH Peluang Kedua, PRN Johor Bukan Pentas Untuk Bereksperimen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 8:41PM

Hassan Abdul Karim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Johor perlu mengembalikan semula mandat kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya mudarat yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak berulang lagi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, walaupun PH hanya mentadbir Johor selama 22 bulan, banyak kejayaan dicapai ketika menjadi kerajaan di negeri itu.

Menurut beliau, ia dibuktikan apabila kerajaan PH di Johor mampu menarik pelaburan asing (FDI).

“Kerajaan PH telah mengadakan lawatan menarik pelaburan asing secara agresif dalam tempoh 22 bulan berkuasa.

“Hampir setiap bulan exco kerajaan negeri itu yang bertanggungjawab dalam Perusahaan Antarabangsa telah dihantar ke beberapa pusat ekonomi dunia untuk membawa pelaburan ke Johor,” katanya hari ini.

Katanya, usaha itu membolehkan Johor muncul sebagai negeri paling banyak menarik modal asing dari pertengahan 2018 hingga awal tahun 2000 sebelum kerajaan PH tumbang angkara pengkhianatan politik.

“PH ketika mentadbir Johor selama 22 bulan ada kelemahan dan kegagalan juga. Fakta ini tidak dinafikan malah perlu diakui.

“Namun kejayaan ini adalah fakta, bukan retorik, bukan propaganda pilihan raya. Jadi dalam PRN Johor sekarang ini, PKR dan PH menawarkan diri supaya sekali lagi dipilih rakyat Johor,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata, PRN Johor akan menyaksikan pertembungan sebenar tiga gabungan parti politik iaitu PH, PN dan BN.

Katanya, ketiga-tiga parti itu masing-masing berpengalaman dalam mentadbir kerajaan Johor.

Justeru Hassan menegaskan, PRN Johor bukan seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) atau satu pentas untuk bereksperimen.

Sebaliknya, kata beliau, PRN ini diadakan bagi membentuk kerajaan negeri dalam tempoh lima tahun akan datang.

“BN paling lama memerintah di Johor sehingga ia ditumbangkan pada tahun 2018 dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). PH pula mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan Johor selama 22 bulan sehingga ditumbangkan angkara pengkhianatan melalui Langkah Sheraton pada Februari 2020.

“PN yang terdiri daripada BERSATU juga ada pengalaman mentadbir di Johor ketika berada di dalam gabungan PH dan kemudian dalam kerajaan campuran BN-PN selepas Langkah Sheraton,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac depan sebagai hari pengundian bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon pula pada 26 Februari.

Tarikh mengundi awal pula ditetapkan pada 8 Mac ini. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

3

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

4

Politik 2 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad