web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPT Perlu Wujud 'Buku Peraturan' COVID-19 Sebagai Rujukan Universiti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 1:07PM

'Buku peraturan' COVID-19 di universiti boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pihak pengurusan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di kampus. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diminta meneliti dan memperhalusi kemungkinan mewujudkan 'buku peraturan' COVID-19 di universiti, sebagai rujukan kepada pihak pengurusan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di kampus.

Ahli Parlimen Belia Malaysia (Johor), Kiran Raj Sathivel berkata, langkah itu boleh dilakukan dengan mewujudkan sistem standard dan kaedah pemeriksaan, terutama semasa musim peperiksaan.

Katanya, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad seharusnya melaksanakan usaha itu memandangkan pandemik COVID-19 adalah soal hidup dan mati, sekali gus bermakna, kesihatan mahasiswa tidak boleh dikompromi.

“Jumlah kes COVID-19 di Malaysia semakin meningkat dengan mencatat 11,034 kes baharu semalam dan dijangka mencecah 15,000 dalam tempoh terdekat. Jadi antara pendekatan boleh diambil KPT adalah memberi peluang kepada mahasiswa menduduki peperiksaan secara atas talian.

“Sebagai wakil anak muda dan mahasiswa, saya berpendapat peperiksaan bersemuka mampu meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan mahasiswa, terutama mereka yang tinggal di kampus dan khuatir dijangkiti,” katanya.

Kiran berkata, sejumlah besar mahasiswa turut merungut bahawa mereka tidak diberikan statistik terkini COVID-19 di kampus.

Justeru, KPT harus memastikan pengurusan universiti menghebahkan status semasa pandemik itu di kampus.

“Langkah terbabit sebagai peringatan supaya mereka lebih berwaspada dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya. – Getaran, 8 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad