KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.
Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, dua kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,043 dengan 6,466 daripadanya adalah kes BID.
Perak mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak empat kes, diikuti Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing satu kematian.
Tiada kematian dilaporkan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 74,561 kes aktif dilaporkan dengan 65,566 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,695 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 4,165 menerima rawatan di hospital.
Kira-kira 135 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 6,036 kes sembuh turut dilaporkan.
Dalam pada itu, sebanyak 119,543 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 108,034 dos penggalak, 9,321 dos pertama dan 2,188 dos lengkap.
Setakat ini, kira-kira 25,723,208 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,930,943 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 8 Februari 2022

