web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lihat Kes COVID-19 Daripada Sudut Berbeza, Bukan Fokus Jumlah Harian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 8:12AM

Pakar kesihatan menyatakan peningkatan kes COVID-19 boleh dijangka dalam situasi orang ramai dibenarkan bercuti, melancong, menghadiri keraian dan menyambut perayaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes COVID-19 sejak beberapa hari lalu di negara ini sehingga mencatatkan angka 11,000 semalam, seharusnya dilihat rakyat daripada sudut berbeza, bukan memfokuskan kepada jumlah total harian semata-mata.

Menurut pakar kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, perkara itu penting bagi memastikan mereka memahami situasi semasa pandemik terbabit, sekali gus mengelakkan kebimbangan dalam diri berhubung risiko jangkitan virus berkenaan.

“Kita melihat nombor (kes harian) ini pada sudut berbeza sekarang, iaitu lebih fokus pada jumlah dan kesan jangkitan kategori 3, 4 dan 5, bukan tengok pada total sahaja.

“Malah, setiap kali unjuran itu diberikan ada tulis berapa kes kategori 3, 4 dan 5 supaya kita boleh nampak sama ada kesan peningkatan itu serius atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Hanafiah berkata, sudut lain harus dilihat adalah peningkatan itu boleh dijangka dan tidak sepatutnya mengejutkan dalam situasi orang ramai dibenarkan bercuti, melancong, menghadiri keraian, menyambut perayaan serta sesi sekolah secara fizikal tanpa penggiliran.

Katanya, apabila pengumpulan sosial dibenarkan, sememangnya tidak mustahil untuk kes meningkat kerana semakin rapat individu antara satu sama lain, pastinya lebih mudah virus itu berjangkit dan merebak.

Beliau berkata, rakyat juga perlu sedar sistem dan proses pengurusan COVID-19 kini lebih baik, daripada ketika awal negara dilanda pandemik itu.

“Masa awal dulu, kita tak tahu macam mana nak rawat pesakit, bagaimana untuk asingkan mereka dan siapa perlu ditempatkan di pusat kuarantin sehingga menyebabkan timbul isu unit rawatan rapi (ICU) penuh, ventilator tidak cukup, staf kurang serta penggunaan katil maksimum.

“Pada saya jangan panik sebab sekarang kita sudah ada proses dan sistem lebih bagus di mana kita memilih pesakit mana perlu masuk wad atau tidak, siapa harus ditempatkan di pusat kuarantin, ubat apa nak bagi, malah kita boleh lihat walau kes beribu setiap hari, kematian tidak lagi mencecah angka ratus seperti dulu,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Hanafiah berkata, rakyat juga perlu melihat situasi COVID-19 ketika ini sebagai endemik yang memerlukan mereka menerima virus itu sebagai sebahagian kehidupan, namun pada masa sama tidak panik kerana kesan fasa ini kurang serius berbanding pandemik.

“Kes meningkat dan masih ada, tetapi kesan jangkitannya kurang serius, ini (yang) kita panggil endemik. Cuma ketika ini masih kena patuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sepatutnya kita sudah tak perlu paparkan nombor keseluruhan kes harian, hanya bagitahu berapa kes kategori 3, 4 dan 5, itu orang nak tahu,” katanya.

Ditanya mengenai jangkaan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa kes boleh mencecah sehingga 15,000 dalam tempoh terdekat, Hanafiah berkata situasi itu berpotensi berlaku, malah angkanya mungkin lebih tinggi.

Jelasnya, contoh yang boleh menggambarkan kebarangkalian itu adalah sekiranya Rt dicatatkan pada kadar 1.0 untuk 5,000 kes dan keesokannya dijangka bertambah ke angka 10,000.

Berdasarkan kiraan itu, katanya, jika Khairy menjangkakan kes akan meningkat sehingga 15,000 dalam tempoh terdekat, ia tidak mustahil dan mungkin boleh mencecah 20,000, memandangkan kadar jangkitan virus terbabit adalah dua kali ganda.

“Saya nampak peningkatan kes ini bukan setakat di Malaysia, malah secara global rentetan Omicron sebab kita tahu varian ini super spreader (berjangkita dengan cepat), tetapi komplikasinya tidak seteruk Delta.

“Apapun, bagi saya sepatutnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua ini sudah tak perlu dilaksanakan dalam keadaan vaksin kini melebih 98 peratus," katanya.

Beliau menarik perhatian, soalan paling besar ialah mengapa perlu takut menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika Kementerian Kesihatan (KKM) percaya vaksin itu boleh berkesan.

"Sepatutnya kena tunjuk kepada rakyat imunisasi terbabit efektif. Lagipun sudah terbukti kes 3, 4 dan 5 tidak ramai,” katanya.

Selain itu, Dr Hanafiah yang juga pakar kesihatan pekerjaan dan kecemasan berkata, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan penularan dan lonjakan kes COVID-19.

Malah, katanya, sepanjang dua tahun berdepan pandemik itu, mereka sepatutnya memahami dan bijak menguruskan situasi supaya tidak hanya terus bergantung  kepada usaha kerajaan.

Setiap kelompak juga, jelasnya, harus mempunyai sistem masing-masing bagi memastikan mereka boleh membantu mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

Ujar beliau, syarikat yang mahu menyelamatkan kakitangan daripada risiko jangkitan ketika kes meningkat, pengurusannya perlu melaksanakan penggiliran, iaitu satu kumpulan bertugas di pejabat dan sebahagian bekerja di rumah. 

Pengurusan masjid atau penganjur acara sosial juga, katanya, wajar memiliki perancangan apa harus dilakukan sekiranya kes meningkat, iaitu dengan mengehadkan jumlah individu dan penjarakan sosial.

“Macam kedai makan contohnya, dulu masa kes kurang, boleh letak meja 10 buah, sekarang kes naik letak enam biji dan jika kes makin naik letak lima biji, jadi dengan jarak semakin jauh ini membolehkan risiko pelanggan dijangkiti COVID-19 berkurang.

“Kilang pula misalnya, mulakan balik ujian calitan kepada pekerja sebelum memasuki premis. Sepatutnya peranan ini tak jadi isu dan dipratikkan sebagai perkara normal serta tindakan automatik yang patut difahami,” katanya. - Getaran, 8 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar