web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


30,000 Majikan Perlukan Pembantu Rumah - PAPA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 5:37PM

Gambar hiasan dari pexels.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dianggarkan 30,000 majikan tempatan kini berdepan kesukaran mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah warga asing sejak tahun lepas, susulan penutupan pintu sempadan negara akibat pandemik COVID-19. 

Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA), Datuk Foo Yong Hooi berkata keadaan itu akan bertambah sukar sekiranya rundingan pengambilan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dijadualkan esok ditangguhkan. 

“Sekitar 600 agensi pembantu rumah di bawah lesen kategori B dan C ingin mengambil pembantu rumah asing untuk bekerja di Malaysia di mana sekurang-kurangnya terdapat 50 permintaan dalam senarai menunggu bagi setiap satu agensi.

“Ini permintaan yang banyak kerana di saat negara sedang dalam proses Pelan Pemulihan Negara, orang sudah mula kembali bekerja jadi bagaimana mereka ingin menjaga orang tua dan anak-anak yang sebelum ini dijaga sendiri,” katanya kepada Bernama.

Malah katanya terdapat keluarga yang berdepan kesukaran untuk memantau anak yang menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas sekolah mereka ditutup akibat berlaku penularan COVID-19. 

Foo berkata sekiranya isu pengambilan pembantu rumah tidak dapat diselesaikan segera, ia akan menjejaskan produktiviti pekerja dan seterusnya memberi kesan kepada usaha pemulihan ekonomi negara ketika ini.

Justeru beliau berharap kerajaan tidak menangguhkan dan segera memuktamadkan MoU bersama Indonesia serta membuka kemasukan bagi negara sumber lain seperti Filipina untuk memenuhi kehendak majikan yang terdesak ketika ini. 

Semalam akhbar tempatan memetik kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang berkata terdapat beberapa isu berbangkit yang menyebabkan kelewatan pemeterian MoU pengambilan pembantu rumah dari Indonesia.

“Kita (Malaysia) sudah selesaikan isu membawa masuk tenaga asing dari Bangladesh, namun untuk isu pembantu rumah Indonesia, terdapat sedikit kekangan di Jakarta. MoU yang sepatutnya berlangsung 8 Feb ini berkemungkinan juga terlewat disebabkan isu berbangkit,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berharap penangguhan itu tidak berpanjangan bagi mengelakkan majikan tempatan menggaji pekerja asing sebagai pembantu rumah secara haram.

Keadaan itu katanya akan meningkatkan risiko keselamatan rakyat terutama warga emas dan kanak-kanak yang dijaga oleh pekerja tidak bertauliah, apatah lagi setelah negara berdepan pelbagai masalah akibat penularan COVID-19.

Bagi mengalakkan pekerja tempatan bekerja di sektor itu, Engku Ahmad Fauzi mencadangkan kerajaan membenarkan penggajian pembantu rumah secara harian yang lebih praktikal dan memberi privasi kepada pekerja tersebut. 

“Kalau dibenarkan boleh balik hari, majikan hanya perlu membayar mengikut hari bekerja sahaja. Sekarang ada yang menjalankan cara begini tetapi tidak secara rasmi jadi pihak berwajib perlu mencari idea bagaimana boleh menarik minat rakyat tempatan bekerja di sektor ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad