web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusat Hiburan Diserbu, Pemilik Dan Pengunjung Dikenakan Kompaun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 8:23AM

Semua pengunjung pusat hiburan berkenaan dikenakan kompaun bernilai RM1,000 setiap seorang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENINGAU - Seorang pemilik pusat hiburan dan 33 pengunjungnya dikenakan kompaun berjumlah RM34,000 dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di kawasan pekan ini, kelmarin kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Nor Rafidah Kasim berkata, dalam operasi sekitar jam 1 pagi itu, pemilik dan pengunjung tersebut dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

“Semasa serbuan menerusi Op Hiburan itu, terdapat 29 lelaki dan tiga wanita berusia 18 hingga 45 tahun yang sedang berhibur dengan muzik dan minuman keras.

“Kesemua 33 individu diperiksa dan dikompaun kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan mengikut Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKTJ) PPN 2021,” katanya.

Menurut Nor Rafidah, siasatan mendapati bahawa premis berkenaan beroperasi tanpa lesen yang sah.

Premis berkenaan juga, katanya, pernah dikompaun kerana melanggar SOP apabila beroperasi melebihi masa.

“Dalam serbuan berkenaan, kita turut menahan seorang wanita berusia 40 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis berkenaan.

“Polis turut merampas beberapa peralatan muzik dalam operasi berkenaan. Rampasan dan tangkapan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk tindakan lanjut mengikut Ordinan Hiburan Awam,” tambahnya. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LHDN Nafi ‘Serbuan’ Di Kediaman Hamzah Bermotifkan Politik

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan Rasuah OCPD: SPRM Tahan 3 Lagi Polis

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad