web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rusuhan Kubota Sentral, 8 Lelaki Didenda

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 8:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Lapan lelaki didenda antara RM1,000 hingga RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah terlibat dalam rusuhan.

Bagi pertuduhan pertama, Tan Chew Chai, 24; Manfred Lo Shen Yao, 21; Tom Chin, 21; Iddrin Aliyusuf, 30, serta pasangan adik beradik Muhammad Nuh Mohd Bultu, 28, dan Mohd Sharif Mohd Bultu, 24, didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2022.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, mereka telah merusuh dan melakukan kekerasan di hadapan Hide Out Bistro, Kobuta Sentral pada jam 9.40 malam.

Sehubungan itu, keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menetapkan semua tertuduh dikenakan denda sebanyak RM1,500 dan penjara selama sebulan jika gagal melunaskan denda.

Sebelum itu, Chew Chai, turut dikenakan denda sebanyak RM4,000 atau penjara selama sebulan jika gagal menjelaskan denda tersebut, selepas mengaku salah melakukan khianat dengan memecahkan pintu kaca sebuah premis dalam kejadian itu di tempat dan waktu yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Awang Kerisnada turut mengarahkan Chew Chai membayar ganti rugi sebanyak RM1,500 kepada pemilik premis berkenaan.

Sementara itu, dua tertuduh lain iaitu Adjnar, 25, dan Harold Wong, 25, turut mengaku salah mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dalam kejadian tersebut.

Adjnar dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari berkuatkuasa hari ini dan denda berjumlah RM1,000 atau penjara selama sebulan jika gagal menjelaskan denda, atas kesalahan terbabit rusuhan dan memiliki parang.

Harold pula didenda RM2,000 atau berdepan hukuman penjara, juga selama sebulan jika dia tidak berjaya melunaskan denda tersebut, selepas didapati bersalah terbabit rusuhan dan memiliki kayu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Aslinah Asikin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Jhesseny Kang dan Jhassary Kang.

Terdahulu, tular satu rakaman video pergaduhan sekumpulan lelaki di Kubota Sentral, minggu lalu.

Video itu menarik perhatian orang ramai selepas beberapa perusuh dilihat menggunakan senjata termasuk objek tajam, dipercayai pedang samurai dan kayu. - Getaran, 31 Januari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar