web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dokumen Kes Saman Pulau Batu Puteh, Tidak Boleh Didedah Pada Pihak Luar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 3:25PM

Pulau Batu Puteh - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, supaya dokumen-dokumen dalam kes saman berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda berkenaan tuntutan Pulau Batu Puteh, tidak didedahkan kepada pihak yang tidak terlibat dalam kes saman itu.

Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia selaku defendan, berkata Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff memutuskan demikian selepas membenarkan pemohonan perintah perlindungan yang difailkan pihaknya pada 29 November tahun lepas.

“Mahkamah menetapkan 1 Mac ini untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding pendengaran permohonan itu secara dalam talian, yang turut disertai SFC Shamsul Bolhassan.

Peguam Mohaji Selamat yang mewakili Mohd Hatta Sanuri selaku plaintif dalam saman itu ketika dihubungi, turut mengesahkan perkara tersebut.

Berdasarkan notis permohonan, defendan-defendan memohon perintah bahawa semua material dan dokumen yang dikemukakan sebagai ekshibit dalam sebarang permohonan interlokutari dan perbicaraan kes saman itu (dokumen-dokumen sulit), hanya boleh didedahkan kepada pihak-pihak dalam kes tersebut, peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saksi-saksi perbicaraan serta pihak-pihak yang difikirkan perlu oleh mahkamah.

Mereka juga memohon perintah bahawa pihak-pihak yang diberi akses kepada dokumen-dokumen sulit, hendaklah pada setiap masa menjaga kesulitan dan kerahsiaan dokumen sulit berkenaan termasuklah tidak mendedahkan kepada mana-mana pihak, selain daripada mereka yang dibenarkan oleh mahkamah.

Selain itu, salinan bercetak dokumen dalam kes saman berkenaan (sekiranya perlu), diperintahkan hendaklah disimpan dengan selamat oleh hakim yang mendengar kes saman terbabit.

Turut dipohon, satu perintah untuk memastikan dokumen sulit tidak dikategorikan sebagai umum, dan tidak boleh dibuka untuk pemeriksaan atau apa-apa salinan dalam apa jua bentuk termasuk pemeriksaan dalam talian secara e-filing, selain memohon prosiding dan perbicaraan kes saman itu dijalankan secara tertutup.

Permohonan tersebut dibuat atas alasan antaranya dokumen dan maklumat yang akan didedahkan dalam kes saman itu, adalah berstatus dokumen berperingkat dan bertaraf rahsia besar di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Dokumen serta maklumat yang akan didedahkan dalam kes saman itu perlu dilindungi, bagi mengelak sebarang perselisihan faham dan demi menjaga hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura, serta perintah perlindungan itu bagi mengelak material dan maklumat yang terkandung dalam dokumen-dokumen sulit, dimanipulasi dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," menurut kedua-dua defendan dalam permohonan itu.

Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ, sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.

Pada 28 Mei tahun lepas, Mohd Hatta, 46, memfailkan tindakan saman itu mewakili dirinya dan mewakili lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan, tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Hatta memohon perintah supaya kedua-dua defendan memberi penjelasan bertulis, mengapa mereka telah menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ berkenaan dengan tuntutan Pulau Batu Puteh terhadap Singapura pada 1 Jun 2018, sedangkan permohonan semakan semula dengan bukti kukuh telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Februari 2017.

Mohd Hatta turut memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Pulau Batu Puteh, dan berdasarkan kerugian ekonomi dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata berjumlah paling kurang RM10 juta.

Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh defendan kedua (kerajaan), untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Feb 2017 sehingga defendan-defendan menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad