web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2,040 Kompaun Bernilai RM4.02 Juta Dikeluarkan Langgar SOP di Pahang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 9:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang mengeluarkan 2,040 kompaun bernilai RM4.02 juta sepanjang tahun lalu atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Kompaun itu dikeluarkan mengikut Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) atau Akta 342.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata daripada jumlah itu, 1,995 kompaun dikeluarkan kepada individu, manakala 45 kompaun membabitkan syarikat.

“Kebanyakan kesalahan direkodkan kerana pelanggaran Peraturan 16 akta berkenaan yang merujuk kepada kegagalan pematuhan SOP sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikuatkuasakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Datuk Dr Nor Azimi Yunus
Datuk Dr Nor Azimi Yunus

Beliau berkata, antara kesalahan tertinggi dikesan adalah kegagalan menggunakan aplikasi MySejahtera, iaitu 903 kes dan tidak memakai pelitup muka yang merekodkan 578 kes.

“Kita turut mengeluarkan kompaun atas kesalahan tidak mematuhi penjarakan fizikal, tidak menyediakan alat pengimbas suhu dan kegagalan pemilik premis memastikan pelanggan mereka sudah lengkap dua dos vaksin seperti ditetapkan,” katanya.

Dr Nor Azimi berkata, JKN Pahang turut mengeluarkan 214 kompaun kepada individu yang ingkar perintah kuarantin dan melanggar kawalan pergerakan.

Katanya, bagi kesalahan membabitkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Peraturan 11), jabatan itu mengeluarkan 2,091 kompaun bernilai RM515,900 sepanjang tahun 2021.

“Kesalahan paling tinggi adalah merokok di tempat tidak dibenarkan dengan 1,837 notis kompaun dikeluarkan, iaitu di kedai makan (903), kompleks beli-belah (596), kawasan rehat dan rawat (R&R) (131) dan stesen minyak (74).

“JKN Pahang juga mengeluarkan notis kompaun kepada 138 individu belum cukup umur yang merokok, selain penjualan rokok di bawah harga minimum membabitkan 38 notis dan gagal mempamerkan papan tanda larangan merokok di premis milik mereka (24),” katanya. - Getaran, 30 Januari 2022      

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad