web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nenek Putih Mata Ditipu ‘Pegawai Telekomunikasi’ RM1 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 12:07PM

Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang nenek berusia 67 tahun berputih mata selepas kerugian RM1 juta akibat ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai sebuah syarikat telekomunikasi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak, berkata mangsa yang juga suri rumah itu menerima panggilan daripada individu mengaku sebagai pegawai Telekom Malaysia (TM) pada 15 Januari lalu.

Menurutnya, suspek mendakwa maklumat peribadi mangsa digunakan pihak lain untuk pendaftaran talian TM dan mempunyai tunggakan baki bayaran.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada ‘Polis Diraja Malaysia’ dan dalam perbualan itu, mangsa dimaklumkan namanya terbabit jenayah narkotik serta pengubahan wang haram.

“Bagi mengelakkan dia dikenakan tindakan, wanita itu dinasihat membuat transaksi pemindahan wang berjumlah RM1 juta ke tujuh akaun diberikan untuk tujuan siasatan.

“Mangsa cuba untuk menghubungi semula ‘pegawai polis’ tersebut namun gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Mahidisham berkata, menyedari dirinya tertipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee dan siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan butiran terperinci daripada pihak berkuasa mengenai panggilan diterima, seperti nama, pangkat dan tempat bertugas pemanggil.

“Membuat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian rasmi dan jangan sesekali mendedahkan maklumat akaun kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon.

“Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, orang ramai boleh menyalurkannya menerusi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111 222 atau menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CCID Scam Response Center (03-2610 1559/1599) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Mendebarkan, Datuk, Nenek Zayn Rayyan Pula Ditahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

3

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

5

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad