web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


40 Rumah Di Kampung Kebun Bunga Rosak Akibat Ribut, Hujan Batu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 8:16AM

Kakitangan JKM Cawangan Shah Alam memasang khemah bagi menempatkan mangsa bencana ribut yang melanda Kampung Kebun Bunga Seksyen 22 semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kira-Kira 40 rumah di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22 di sini rosak akibat hujan lebat dan ribut yang disertai hujan batu di kawasan itu petang semalam.

Pemangku Ketua Kampung Batu 3 Mohd Syafiq Ali Bajunid Omar berkata hujan lebat, yang bermula pada 5.30 petang, turut disertai pusaran angin kecil yang mengakibatkan berpuluh-puluh bumbung rumah penduduk diterbangkan angin.

“Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan pihak kami bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuka pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna MBSJ Batu Tiga untuk kemudahan penduduk yang terkesan akibat ribut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata PPS itu, yang sebelum ini menempatkan mangsa banjir dari kampung sama, baru sahaja ditutup pada awal bulan ini.

Tinjauan Bernama malam tadi mendapati kawasan sekitar kampung itu masih bergelap kerana terputus bekalan elektrik sejak petang tadi selepas beberapa tiang elektrik tumbang akibat kejadian ribut berkenaan.

Seorang suri rumah, Norhaslinda Nayan, 43, berkata kejadian ribut seperti itu adalah yang pertama dialaminya sejak lebih 20 tahun menetap di situ.

“Ribut yang melanda tidak begitu lama namun cukup menggerunkan seperti ada puting beliung di atas bumbung dan bunyi hujan di luar seolah-seolah hujan batu kerana terlalu kuat,” katanya.

Beliau berkata kediamannya yang baru sahaja dicuci susulan banjir pada akhir tahun lepas sekali lagi terpaksa dibersihkan kerana ribut turut merosakkan bahagian bumbung sehingga menyebabkan seluruh bahagian dalam rumah basah.

“Ketika banjir baru-baru ini, air naik sehingga paras siling rumah, saya baru sahaja balik dari PPS awal bulan ini namun tidak sampai beberapa hari, sekali lagi kami diduga dengan ribut seperti ini,” katanya.

Norhaslinda berkata beliau tidak berpindah ke PPS malam tadi kerana suaminya telah memasang kepingan aluminium di bahagian bumbung rumah mereka yang terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Hujan Batu Landa Tasik Powell, Arizona

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Saya Nampak Bumbung Jatuh Timpa Kereta’ - Penduduk Apartment Putra Ria

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kuatnya Angin, Nak Terbang Kita Dibuatnya Wak!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Mana Boleh Sampai Atas Bumbung Tu Kak

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad