web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Fries McD, Ayam Goreng KFC Pula 'Hilang' 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 11:28AM

Sejak semalam, KFC hanya menghidangkan burger dan tidak dapat menjual ayam goreng kepada pembeli.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesiapa sahaja yang melangkah ke KFC pastinya mahu memesan ayam goreng lazat yang menjadi hidangan utama restoran berkenaan.

Justeru, adalah satu ‘mimpi buruk’ buat restoran makanan segera itu jika tidak dapat menjual ayam goreng kepada pelanggan dan itulah yang sedang terjadi di KFC cawangan Malaysia ketika ini.

Perkara itu membangkitkan kemarahan orang ramai disebabkan KFC sejak semalam hanya menghidangkan burger, sedangkan ayam goreng merupakan produk utama restoran berkenaan.

Ketiadaan bekalan ayam untuk digoreng mewujudkan persoalan, apakah punca berlakunya perkara ini dan adakah ia disebabkan faktor lain yang ‘dirahsiakan’.

Serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan, timbul pula spekulasi 'kehilangan' ayam goreng KFC ini ada kaitannya dengan suasana politik di negeri berkenaan, kerana Johor Corporation (JCorp) memiliki saham terbesar dalam QSR Brands (M) Holdings Bhd, yang mengoperasikan rantaian restoran KFC dan Pizza Hut di ASEAN.

Pada masa sama, wujud andaian mengatakan JCorp menjadi ‘kacau bilau’ kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan sepenuhnya syarikat milik kerajaan negeri Johor bagi melakukan kempen buat parti berkenaan.

Ini menyebabkan segala pengurusan dan pengoperasian JCorp menjadi kacau bilau disebabkan ‘kerenah’ yang dimainkan oleh pemimpin politik di negeri tersebut.

Dalam pada itu, hasil tinjauan Getaran di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi mendapati walaupun ayam masih dihidangkan kepada pelanggan, namun KFC di setiap cawangan terpaksa mencari alternatif sendiri bagi mendapatkan bekalan tersebut.

Perkara itu diakui oleh seorang pekerja KFC yang menegaskan ayam mentah terpaksa diambil di Nilai, Negeri Sembilan berikutan syarikat yang membekalkan bekalan haiwan berkenaan kehabisan stok.

“Memang betul perkara itu, kita tidak terima stok bekalan ayam daripada syarikat yang menjadi pembekal untuk kita.

“Bila kita tanya kepada syarikat kenapa tiada stok, mereka tidak beri sebarang jawapan. Jadi, kita terpaksa ambil bekalan ayam ini sehingga ke Nilai,” katanya.

Menurut pekerja terbabit, permasalahan ini bukan sahaja merugikan KFC di setiap cawangan malah menimbulkan kesukaran memandangkan ayam goreng adalah produk utama yang dihidangkan restoran itu.

“Agak bertabur pengoperasian kita bila stok ayam ini tiada. Ada ketika, kita terpaksa tutup menjual produk ayam goreng disebabkan stok bekalan mentah belum sampai.

“Di samping itu, bekalan yang kita terima tidak banyak seperti disediakan oleh pembekal biasa dan perkara ini agak mengganggu pengoperasian perniagaan,” katanya.

Setakat ini, KFC masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi berkenaan. – Getaran, 27 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran