web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOTAC - GoPro Promosi Keindahan, Keunikan Destinasi Pelancongan Tempatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 9:20PM

Nancy Shukri (tengah, berdiri) pada majlis pelancaran video Dream Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi kamera, GoPro bagi mempromosikan 'warna-warni' kehidupan dan keindahan destinasi di Malaysia menerusi pembikinan video ‘Dream Malaysia’.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata 'Dream Malaysia' menyaksikan gabungan kerjasama yang memfokuskan kepada pendigitalan dalam menyemarakkan dan memperkasakan sektor pelancongan di negara ini.

“Terdapat pelbagai tarikan di Malaysia tetapi masih ada yang belum mendapat perhatian pelancong, terutama produk ekopelancongan dan pelancongan desa.

“Menerusi kerjasama bersama GoPro ini, kedua-dua pihak mahu menampilkan kandungan dan perspektif baharu melalui pengalaman pengembaraan menakjubkan bagi Keluarga Malaysia dan pelancong dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Video Dream Malaysia Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia di Hotel EQ di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Dr Noor Zari Hamat; Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Ramlan Ibrahim; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab; Pengurus GoPro Asia Tenggara, Sangeet Singh dan Naib Presiden Pemasaran Global dan Komunikasi GoPro, Rick Loughery

Nancy Shukri
Nancy Shukri

Mengulas lanjut, Nancy berkata, 'Dream Malaysia' adalah kempen yang mengetengahkan tarikan pelancongan dimiliki negara dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berkunjung ke lokasi unik masih belum diterokai, selain mencipta kenangan baharu dengan menggunakan kecanggihan kamera GoPro.

“Dengan pemansuhan sekatan perjalanan dan kadar vaksinasi tinggi, rakyat Malaysia kini boleh merealisasikan impian mereka untuk melancong di dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Rick berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia dan mempamerkan destinasi menakjubkan di Malaysia. 

Katanya, GoPro diperkenalkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk merakam dan mengabadikan memori mereka melalui pelbagai sudut, manakala Tourism Malaysia memainkan peranan dalam mengetengahkan destinasi yang kaya tarikan serta budaya.

Rick berkata, pasukan GoPro dan penyedia kandungan (content creators) di bawah pengendalian Tourism Malaysia sudah mengembara ke beberapa negeri untuk menerokai destinasi tempatan baharu.

“Dengan penemuan keindahan produk pelancongan tersembunyi, mereka memperoleh pengalaman dan mencipta kenangan unik di sekitar Malaysia menggunakan kecanggihan kamera GoPro.

“Bagi orang ramai yang ingin menyertai pembikinan video ‘Dream Malaysia’ pula yang ditawarkan kami, anda boleh layari laman Instagram dan Facebook GoPro di @gopromysg, Instagram Tourism Malaysia (@malaysia.truly.asia) dan Facebook (@malaysia.travel.my). - Getaran, 26 Januari 2022.
 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar