Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Penjaja Jeruk Mangga 'Tak Makan Saman'?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 9:07AM

Penguatkuasa Majlis Bandaraya Pasir Gudang menjalankan operasi bersepadu penjaja jalanan di kawasan pentadbiran Bandaraya Pasir Gudang, baru-baru ini. - Gambar dari Facebook Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Degil, tiada tanggungjawab sosial atau tidak faham bahasa?

Persoalan terbabit muncul di fikiran tatkala melihat sikap penjaja jeruk mangga yang masih tegar mundar-mandir di sepanjang laluan jalan raya untuk menjual jajan itu, biarpun Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah beberapa kali memberi amaran supaya tidak berbuat demikian jika tidak mahu dikenakan tindakan tegas.

Larangan itu wajar kerana tindakan penjaja jalanan berkenaan yang turut menunggu di persimpangan lampu isyarat dan bergerak di celah-celah kenderaan untuk berniaga sememangnya berbahaya.

Semakin melampau, penjualan tersebut yang awalnya ditumpukan di sekitar Lembah Klang, ‘merebak’ ke negeri di pantai timur dan terkini dilihat di Melaka.

Perkara itu terbukti apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain pada awal bulan ini memaklumkan, sebanyak 215 saman dikeluarkan pihaknya ke atas penjaja menerusi Op Khas Penjaja Jalanan.

Katanya, aktiviti penjaja jalanan menjadi trend perniagaan yang berleluasa sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

“Aktiviti seperti ini sekiranya tidak dikawal, boleh mendatangkan risiko dan kemalangan kepada penjaja itu sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Penjualan sebegini adalah kesalahan mengikut Kaedah 10a (1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (ln 166/59) kerana jelas dinyatakan, tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di mana-mana jalan raya,” katanya kepada Getaran.

Mohd Nadzri berkata, selain dari saman dan rampasan, anggota JSPT turut melaksanakan 137 tindakan advokasi, iaitu amaran agar kegiatan terbabit dihentikan serta merta.

Beliau turut menggesa penjaja jalanan menghentikan penjualan jeruk mangga di sepanjang laluan jalan raya kerana mereka yang terbabit dengan aktiviti itu boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan sekiranya disabitkan kesalahan.

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Mengulas isu sama, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, amaran dan nasihat diberikan pihak berkuasa berhubung situasi berkenaan sememangnya sangat wajar kerana ia membabitkan isu keselamatan bukan sahaja kepada penjual, malah pengguna jalan raya.

Katanya, meskipun aktiviti terbabit mampu menjana ekonomi dan membantu kewangan penjaja, isu keselamatan tidak boleh dikompromi walau atas apa jua alasan.

“Isu penjaja menjual makanan dan minuman, termasuk jeruk mangga di jalanan ini memang membabitkan risiko keselamatan sebab kadang-kadang mereka lalu di tengah-tengah jalan yang berbahaya kerana boleh dilanggar kenderaan atau mengakibatkan kemalangan.

“Walaupun ia perniagaan, tapi ini membabitkan isu keselamatan. Bayangkan jika berlaku kemalangan sehingga membawa maut, sudah tentu akan menjadi masalah besar,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Yusof berkata, kewujudan penjaja jeruk mangga bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ itu disebabkan ada permintaan daripada pengguna.

Justeru, katanya, bagi memastikan aktiviti itu semakin berleluasa, orang ramai dinasihatkan tidak melanggan perkhidmatan ditawarkan, sekali gus mengelakkan timbulnya komplikasi susulan, terutama membabitkan keselamatan.

Beliau berkata, pengguna harus memainkan peranan berkenaan dan tidak mengharapkan pihak berkuasa membanterasnya secara bersendirian, memandangkan bukan mudah untuk melaksanakan pemantauan ke semua kawasan yang menjadi lokasi mereka berniaga.

“Kalau kita tengok di negeri Pantai Timur, bukan sahaja jual jeruk mangga, tapi juga ada burger, minuman dan macam-macam, jadi benda ini memang boleh timbulkan isu keselamatan.

“Masalahnya perkhidmatan ini ada apabila orang melanggan. Mungkin ini kemudahan ketika balik kerja ada pula makanan ‘dihidangkan’ depan mereka untuk dibeli, tetapi kita patut lebih bimbangkan aspek keselamatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, penjaja jalanan seharusnya menggunakan kaedah berniaga lain yang lebih selamat dan tidak berbahaya untuk melariskan jualan mereka.

Ditanya mengenai imej buruk dipaparkan apabila jalan raya dicemari aktiviti penjaja jalanan, beliau mengakui ia tidak baik untuk dilihat masyarakat.

“Apapun saya rasa keselamatan itu yang lebih utama dan penting untuk dititikberatkan, jadi usaha ke arah membanteras kegiatan terbabit harus dilaksanakan semua pihak, khususnya pengguna,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad ketika dihubungi Getaran memaklumkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak membenarkan mana-mana individu menjalankan perniagaan menerusi konsep ‘penjaja jalanan’.

“Daripada pihak MBSA, mana-mana individu yang ingin berniaga perlu mendapat kebenaran PBT ini, tetapi kita tidak mengeluarkan kelulusan untuk aktiviti perniagaan penjaja jalanan.

“Jadi tidak ada lesen untuk mereka (penjaja jalanan) ini pun,” katanya.

Shahrin berkata, perniagaan jenis itu boleh menyebabkan kemalangan dan menimbulkan masalah terhadap keselamatan, seperti kenyataan dikeluarkan polis sebelum ini.

“Perniagaan macam ini berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan apabila orang berhenti untuk jual beli tingkap ke tingkap,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2022

Sorotan

1

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

2

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

3

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

4

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

5

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

7

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

Luar Negara 23 jam yang lalu

3 Kedai Roti Kembali Beroperasi Di Gaza Dengan Bantuan PBB

Pendidikan 19 jam yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

Semasa 1 hari yang lalu

JPM Jalin Kerjasama, Pastikan Keselamatan Jemaah Haji, Umrah Terjamin - Menteri

oleh Sophia Ahmad