web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


76 Remaja Bawah Umur Terbabit Dadah Ditahan, Turut Main Peranan Sebagai Tokan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 2:01PM

Ayob Khan memberi taklimat tentang Op Tapis Khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 76 remaja bawah umur antara 5,200 individu ditahan selepas disyaki menjadi penagih dan bertindak selaku ‘tokan’ dadah dalam Op Tapis Khas yang dilancarkan di seluruh negara.

Dalam operasi yang bermula pada 21 hingga 23 Januari lalu, sebanyak 367 sarang  penagih turut digempur dan dimusnahkan, membabitkan rampasan bernilai hampir RM3.6 juta.

Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi berkenaan juga berjaya merampas 212.6 kilogram dan 1,199.2 liter cecair dadah pelbagai jenis.

Beliau berkata, turut dirampas adalah sepucuk revolver .38 dengan tiga butir peluru dalam serbuan di Perak serta dua laras senapang buatan sendiri di Sarawak dan Negeri Sembilan.

“Selain itu, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM2.39 juta membabitkan wang tunai, barangan kemas, motosikal (69), kereta (34) dan sebuah lori.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan harta yang disita itu bernilai RM5.98 juta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, daripada 5,200 individu yang ditahan, 4,987 adalah lelaki manakala baki 213 ialah wanita.

“Seramai 942 yang ditahan adalah tokan, 2,893 penagih manakala 201 lagi adalah orang dikehendaki dalam pelbagai kesalahan jenayah.

“Semua yang ditahan berusia 13 hingga 60 tahun, dengan 76 daripada mereka adalah remaja bawah umur manakala 129 suspek lagi adalah warga asing,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 39C, Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya. - Getaran, 25 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 2 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran