web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Batu Fenomena Biasa - METMalaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 11:08AM

Seorang pengguna Twitter menunjukan ketulan ais yang menghujani beberapa kawasan di sekitar ibu negara semalam. - Gambar dari @AirellRezell

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fenomena hujan batu dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara, semalam, adalah fenomena biasa yang terjadi di negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah.

Menurutnya, kejadian tersebut dilaporkan melanda beberapa kawasan di ibu negara sekitar jam 4 petang.

Katanya, berdasarkan imej radar dan satelit, awan hujan dan ribut petir aktif mula dicerap memasuki Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang.

“Kejadian hujan batu adalah suatu fenomena biasa terjadi di negara kita. Ia berlaku ketika kejadian ribut petir yang kuat berserta hujan lebat dan angin kencang.

“Apabila awan kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 kilometer, suhu udara di dalam awan tersebut melepasi nilai ambang tahap beku dan pembentukan ketulan-ketulan ais di atas laporan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Helmi berkata, ais yang terbentuk di dalam awam turun bersama-sama hujan sebagai ketulan air batu, kebiasaannya bersaiz kecil sekitar 1.5 sentimeter iaitu sebesar guli.

“Kejadian hujan batu tersebut lazimnya berlaku setempat iaitu kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus dan tempoh kejadiannya juga agak singkat iaitu sekitar 10 hingga 20 minit sahaja.

“Untuk kejadian ribut petir pada tempoh tersebut, METMalaysia telah mengeluarkan Amaran Ribut Petir pada 2.55 petang meliputi kawasan Kuala Lumpur dan amaran berkuat kuasa sehingga 6 petang,” katanya. - Getaran, 25 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad