web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Kampung Kelongkong Resah ‘Diserang’ Babi Hutan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 8:07AM

Salah seekor babi hutan yang berkeliaran di persekitaran rumah penduduk Kampung Kelongkong. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kira-kira 400 penduduk Kampung Kelongkong, Tanjung Kling di sini, resah apabila penempatan mereka ‘diserang’ sekumpulan babi hutan sejak sebulan lepas.

Seorang pemilik kebun di sini, Abu Bakar Japar, 65, berkata beliau mengalami kerugian apabila pokok pisang dan ubi yang ditanamnya musnah akibat disondol haiwan itu yang berkeliaran mencari makanan di kawasan kebunnya.

“Rasa seperti hendak putus asa pun ada, sebab sudah berbulan saya usahakan kebun itu,” katanya dan menambah beliau juga terpaksa membawa lastik setiap kali keluar rumah sebagai langkah berjaga-jaga jika diserang haiwan itu.

Seorang lagi penduduk, Rahimah Kassim, 76, berkata dia tidak pernah melihat kemunculan babi dengan jumlah yang banyak dan kerap sepanjang lebih 50 tahun tinggal di kampung berkenaan, dan kehadiran haiwan itu sejak bulan lepas amat mengejutkan.

“Dah lama mak cik duduk (tinggal) sini ... memang perasan sejak bulan lepas banyak babi berkeliaran. Setiap hari ada sahaja mak cik nampak penduduk berlari ke sana sini kejar babi,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Kling Khairulazni Baharuddin berkata perkara itu telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka bagi tindakan lanjut.

Semalam, tular di laman sosial klip video dirakam penduduk yang memaparkan babi hutan berkeliaran di hadapan sebuah rumah sehingga menimbulkan suasana cemas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Sekarang Ni Babi Pun Boleh Jadi Punca ‘Accident’!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kereta Tiba-Tiba Mengundur, Tetapi Mana Datang 'Makhluk Putih' Kat Belakang Tu

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar