web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Berpolitik Dikhuatiri Sebar Propaganda, Jejas Kualiti Pendidikan Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 8:26AM

Banyak pihak tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan membenarkan guru kembali berpolitik sebaliknya mahu guru memberi fokus kepada tugas mengajar anak-anak di sekolah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan membenarkan guru dan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) kembali berpolitik berkuatkuasa serta merta mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Majoriti tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana beranggapan langkah tersebut tidak relevan dilaksanakan ketika ini.

Menurut seorang pengguna Facebook, Abe O-Abe, tugas guru pada era pra kemerdekaan dan awal pasca kemerdekaan dengan hari ini sudah jauh berbeza.

“Apa yang relevan dahulu, tidak semestinya relevan di zaman ini. Zaman sekarang bukannya ada lagi ancaman penjajah. Cuba kita renung dan hayati dulu persoalan sebegini. Senaraikan dulu semua nilai tambah berimpak tinggi yang majoriti pihak berkepentingan akan perolehi kesan daripada kebenaran tersebut.

“Apakah manfaat paling besar khususnya kepada pasukan pengurusan pihak sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM), ibu bapa, pembayar cukai, komuniti dan rakyat Malaysia secara amnya," katanya.

Dia turut meluahkah kebimbangan mengenai prestasi dan kualiti pendidikan negara susulan keputusan tersebut.

“Kita baru saja tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang almost never ending beberapa bulan lalu. Biarlah kita fokuskan cikgu-cikgu ini untuk tumpu perhatian kepada usaha memulihkan tahap keciciran sukatan mata pelajaran murid di sekolah.

“Tugas mengajar dan mendidik pun entah ke mana-mana lagi. Sekarang kita nak benarkan mereka aktif berpolitik pula? Walaupun kebenaran itu tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan, kenapa skim guru saja yang boleh,” soalnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Mentadak Lagend berpendapat langkah tersebut akan menghakis sistem pendidikan negara.

Katanya, kebenaran tersebut dilihat akan memberi kesan khususnya di sekolah, apabila wujud fahaman berbeza dalam kalangan guru-guru.

“Meskipun ramai guru berdedikasi dan komited dengan tugas mereka, namun bimbang sesetengahnya mungkin menyebar propaganda kepada pelajar, sekali gus tidak baik untuk pembinaan negara.

“Sistem pendidikan adalah lebih penting dan sekolah bukan tempat sesuai nak berpolitik. Sistem pendidikan perlu ada integriti dan matlamat yang satu. Cuba fikirkan jika masalah politik punca kemerosotan dan daya saing bertentangan antara murid dan guru, macam mana,” soalnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Phang Joon Foong menyarankan guru yang mahu berpolitik supaya meletak jawatan.

“Kalau nak berpolitik, sila resign! Itu sahaja. Jangan lagi membuang masa. Guru wajib menjalankan kewajipan menyampaikan ilmu dan sahsiah yang baik kerana itu adalah upah yang dibayar.

“Ketahuilah silibus kita telah jauh ketinggalan dalam suasana pandemik ini. Politik, politik, politik nanti tidak habis habis menipu, merasuah dan memfitnah. Hancur generasi muda kita!,” katanya.

Pengguna Facebook Rika Man turut menyifatkan keputusan kerajaan itu seperti ada agenda tersembunyi.

“Nampak tak mereka punya game macam mana? PRU akan datang, umur 18 tahun dah layak untuk mengundi. Sebab itulah mereka dah bagi kebenaran kepada guru menghasut pelajar-pelajar untuk memilih parti mereka.

“Tak fasal-fasal pelajar akan jadi berpuak-puak di sekolah. Jadi ibu bapa kena main peranan, jangan biarkan anak-anak anda jadi mangsa untuk kepuasan mereka yang tidak bertanggungjawab yang hanya ingin merebut kuasa mentadbir negara,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan semua guru sekolah dan petugas Kemas di seluruh negara untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi.

Katanya, serentak dengan itu pekeliling terdahulu yang memberi amaran dan menyekat golongan pendidik daripada berpolitik sudah tidak terpakai.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kebenaran berpolitik pernah diberikan kepada golongan pendidik namun semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara perkara itu disekat. - Getaran, 24 Januari 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad