web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keluar Segera Pekeliling, Elak Salah Tafsir - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 9:00PM

Datuk Adnan Mat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan membenarkan guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berpolitik menerima sambutan baik pelbagai pihak, namun terma dan syarat berkaitan perlu segera diperincikan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, pekeliling yang jelas mengenai perkara itu perlu dibentangkan terlebih dahulu.

Menurut beliau, ia perlu dilaksanakan bagi mengelak salah tafsir dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat umum.

Katanya, perkara itu penting bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan seperti salah guna kuasa selain mengelakkan orang awam membuat tuduhan tidak berasas.

“Kebenaran tersebut pada dasarnya adalah munasabah memandangkan ketika ini remaja berusia seawal 18 tahun pun bakal diberikan hak untuk terlibat dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

“Walaupun diberikan kebenaran untuk berpolitik, keutamaan yang perlu didahulukan oleh semua penjawat awam adalah tugas hakiki mereka masing-masing terutama memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya hari ini.

Pada masa sama beliau berharap kebenaran tersebut tidak menjadikan penjawat awam diarahkan bekerja untuk politik.

Katanya, CUEPACS bimbang jika kebenaran ini disalah guna atau disalah erti pihak tertentu hingga menjadikan penjawat awam sebagai alat politik dan diugut.

“Perkara ini pernah terjadi terutama melibatkan kakitangan KEMAS yang pernah dituduh membantu kerajaan terdahulu sedangkan setiap tugas yang dilakukan mereka dilakukan dengan profesional dan penuh tanggungjawab.

“Tambahan pula status kontrak kakitangan KEMAS menyebabkan mereka mudah diugut atau dianiaya sekiranya berlaku peralihan kuasa kelak ataupun enggan melaksanakan aktiviti politik seperti yang diarahkan pihak tertentu,” katanya.

Susulan itu, beliau berharap kerajaan memberi taraf jawatan tetap kepada kakitangan KEMAS selari dengan keputusan kerajaan membenarkan mereka berpolitik.

“Penjawat awam lain yang dibenarkan berpolitik seperti guru adalah kakitangan tetap dan mereka tidak cenderung untuk dianiaya atau diugut berdasarkan status tetap tersebut,” katanya.

Adnan turut menasihati semua penjawat awam agar berpada-pada ketika terlibat dalam aktiviti berpolitik walaupun dibenarkan dari segi undang-undang.

Tegasnya, keutamaan yang harus didahulukan adalah penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Parti politik juga dinasihatkan tidak menjadikan penjawat awam sebagai alat untuk kepentingan politik masing-masing.

“Ini kerana perkhidmatan awam perlu bergerak secara profesional walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kabinet memutuskan bahawa guru sekolah di seluruh negara dan petugas KEMAS dibenarkan berpolitik, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati prinsip demokrasi, memandangkan sebelum ini mereka dilarang untuk berpolitik. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad