web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jalan Tutup #TangkapAzamBaki, Pekerja Luah Rasa Kecewa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 3:00PM

Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, ditutup pagi tadi sehingga beberapa jam, menyebabkan ramai yang terkandas dan tidak dapat memasuki kawasan berkenaan. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pihak berkuasa yang menutup laluan pejalan kaki di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pekerja, selepas mereka terkandas selama beberapa jam, pagi tadi.

Tinjauan Getaran mendapati, kawasan sekitar TAR mulai sesak seawal jam 7 pagi, selepas kenderaan tidak lagi dibenarkan masuk.

Namun tepat jam 10.55 pagi, kesemua jalan yang ditutup telah dibuka dan orang ramai yang menunggu lebih empat jam dibenarkan masuk semula ke kawasan berkenaan menuju ke tempat kerja masing-masing.

Upik Narti
Upik Narti

Seorang pekerja Upik Narti, 45, berkata, dia tidak mengetahui tentang  penutupan jalan berkenaan dan terpaksa menunggu sehingga menerima kebenaran pihak polis.

"Kami bekerja di kedai kain sekitar jalan TAR, tepat jam 7 pagi saya sudah sampai tetapi terpaksa menunggu di lampu isyarat berhadapan Kompleks Pertama.

"Saya sangat marah sebab kami tidak dimaklumkan apa-apa berkenaan penutupan jalan pada pagi ini. Majikan saya juga tidak tahu, jadi mereka minta kami tunggu sehingga jalan dibuka. Dalam keadaan hujan, agak sukar untuk kami menanti sehingga empat jam di sini," katanya kepada Getaran ketika ditemui.

Seri Ulina
Seri Ulina

Pendapat sama turut disuarakan Seri Ulina, 30, yang bekerja sebagai peniaga di sekitar jalan TAR. 

"Saya tahu tentang penutupan jalan ini disebabkan adanya perhimpunan, tetapi ini merupakan kali pertama laluan pejalan kaki ditutup untuk beberapa kawasan. Sebelum ini, ada juga sekatan jalan raya, tetapi untuk laluan pejalan kaki, tidak pernah lagi ditutup seperti hari ini.

"Kecewa memang ada, tetapi nak buat macam mana, kami tetap akur dengan arahan pihak polis," ujarnya.

Tinjauan Getaran juga mendapati, ada di antara kalangan pekerja terbabit mengambil keputusan untuk pulang, selepas  terlalu penat menunggu dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Seorang pramusaji di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur, Muhammad Syamsul Husain, 33, pula terpaksa berjalan kaki dengan jauh apabila mengetahui LRT yang dinaiki setiap hari dihentikan operasi buat sementara waktu, sehingga menyebabkan dia terlewat.

"Saya sangat marah, sebab banyak laluan serta pengangkutan awam yang telah diarahkan tutup. Kalau nak buat sekatan sekalipun, jangan sampai menyusahkan rakyat.

"Mujur saya tidak dikenakan apa-apa tindakan kerana lewat ke tempat kerja. Bayangkan semua pekerja yang beratur pagi ini terkena tempias sama, terpaksa menunggu lama untuk sampai ke lokasi masing-masing," katanya lagi.

Polis sebelum ini memaklumkan penutupan enam jalan utama di ibu negara susulan perhimpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung di sekitar ibu negara, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Delhan Yahaya berkata, ia melibatkan Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.

Menurutnya, perkhidmatan awam berupa LRT, MRT, monorel dan komuter yang melalui beberapa kawasan di ibu negara juga diberhentikan sementara waktu sepanjang perhimpunan berkenaan berlangsung.

Perhimpunan #TangkapAzamBaki ialah platform untuk mendesak penahanan segera Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, termasuk pelaksanaan proses undang-undang ke atas beliau pada kadar segera. - Getaran, 22 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad