web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


16 Kematian Baharu COVID-19, Selangor Kekal Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 11:44AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi telah mencecah 31,869 kes. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, dua kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,869 dengan 6,427 daripadanya adalah kes BID.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Sabah (tiga) dan masing-masing dua di Negeri Sembilan serta Pulau Pinang.

Johor, Kedah, Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur pula merekodkan satu kematian di setiap negeri.

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 42,843 kes aktif dilaporkan dengan 35,554 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,278 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 2,862 lagi menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 149 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 71 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,804 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 163,942 dos vaksin diberikan semalam iaitu 160,310 dos penggalak, 1,368 dos pertama dan 2,264 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,694,300 atau 78.7 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad