Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Waspada Scammer, Jangan Mudah Terpedaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 4:22PM

Khutbah Jumaat di Perak meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan urus niaga berunsur penipuan, yang semakin berleluasa ketika ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Umat Islam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap tipu muslihat yang dilakukan dan perlu mengambil langkah berhati-hati dan teliti, sebelum membuat sebarang bentuk perkongsian atau pemindahan harta kepada pihak lain.

Jabatan Agama Islam Perak dalam teks khutbah Jumaatnya hari ini menyatakan, urus niaga berunsur penipuan atau dikenali dengan istilah ‘scammer’, merupakan jenayah kolar putih bentuk baru yang semakin berleluasa, dengan 1,298 kertas siasatan telah dibuka Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Polis Perak pada 2021.

Teks khutbah itu antara lain menyatakan lebih RM32 juta kerugian ditanggung mangsa yang tertipu tahun lepas, dengan menggunakan modus operandi seperti ‘macau scam’, ‘love scam’, penipuan bungkusan, rakan Whatsapp,  dan skim pinjaman serta pelaburan palsu.

“Ramai anggota masyarakat telah menjadi mangsa kepada sindiket urus niaga yang tidak berakhlak ini. Dilaporkan ramai yang telah hilang wang simpanan akibat ditipu, dan ada pula yang kini terpaksa menghadapi beban hutang yang besar.

“Ada pula iklan yang menawarkan pakej haji dengan potongan harga yang menarik. Oleh itu, khatib mengingatkan ummah agar jangan mudah terjebak,” seperti dalam teks Khutbah Jumaat bertajuk ‘Berwaspada Dengan Sindiket Penipuan’, yang telah diedarkan ke semua masjid dan surau Jumaat di negeri Perak hari ini.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melayan panggilan telefon daripada talian yang tidak dikenali dan segera diputuskan panggilan jika berasa curiga.

“Menyemak semula dengan agensi atau syarikat yang didakwa diwakili oleh scammer atau penipu itu, dan jangan dedahkan maklumat perbankan serta jangan berkongsi maklumat peribadi dengan orang yang baru dikenali,” ingatan yang dinyatakan dalam teks khutbah tersebut. - Bernama

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Sukan 2 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran