web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SCA, Pembunuh Berbahaya Dalam Senyap

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 12:01PM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Serangan jantung atau heart attack sering dianggap sebagai pembunuh utama di Malaysia, tetapi ramai tidak menyedari bahawa serangan jantung secara mengejut atau sudden cardiac arrest (SCA) sebenarnya lebih berbahaya.

Menurut Pakar Perunding Perubatan & Pakar Kardiologi di Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC), Dr Rizmy Najme Khir, SCA kebiasaannya melibatkan golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah.

Kebiasaannya situasi itu berlaku secara tiba-tiba, tanpa amaran, yang menyaksikan apabila mangsa akan terus tumbang tanpa nadi, gagal bernafas dan meninggal dunia hanya dalam beberapa minit jika tidak dirawat serta-merta.

“Jika dibandingkan dengan serangan jantung, dalam kebanyakan kes mangsa masih boleh diselamatkan kerana terdapat pelbagai tanda awal untuk mengenal pasti penyakit itu, termasuk sakit di bahagian dada, sukar untuk bernafas, berpeluh dan pening.

“Ia berbeza dengan SCA yang boleh menimpa siapa sahaja termasuk individu yang sihat, cergas dan bebas daripada penyakit jantung,” katanya kepada Getaran.

Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai sering menyamakan kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba sebagai serangan jantung, namun ia sebenarnya adalah berbeza.

Dr Rizmy Najme Khir
Dr Rizmy Najme Khir

Dr Razmy berkata, serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke jantung berkurangan secara tiba-tiba disebabkan oleh arteri koronari yang dihentikan daripada plak pecah manakala SCA terjadi kerana pergerakan pantas ritma elektrik yang tidak menentu (ketidakcekapan) jantung.

"Kejadian jantung berhenti secara mendadak boleh menyerang sesiapa sahaja sama ada atlet ataupun bukan atlet. Jika atlet muda, ia lazimnya disebabkan oleh faktor genetik.

"Kebanyakan kes SCA dalam kalangan atlet muda disebabkan oleh aritmia ventrikular (jantung berdegup secara tidak normal) yang biasanya dikekalkan dari takikardia ventrikel (jantung berdegup dengan cepat) atau fibrilasi ventrikel (rentak jantung yang tidak normal, cepat dan tidak sekata)," jelasnya.

Beliau menarik perhatian, kes SCA yang sering dipaparkan media kebelakangan ini harus dijadikan iktibar oleh orang ramai agar mengamalkan cara hidup sihat.

“Untuk mengelakkan daripada serangan jantung, yang paling penting ialah mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

“Sebelum memulakan aktiviti bersukan, pastikan minum air dan makan yang mencukupi (jangan berlebihan) dan kerap minum air semasa bersukan, bukan hanya tunggu di akhir waktu bersukan atau garisan penamat untuk berbuat demikian,” katanya.

Dr Rizmy turut mengingatkan, individu yang mempunyai sejarah SCA dalam kalangan ahli keluarga perlu membuat pemeriksaan jantung sebelum melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti sukan.

“Mereka yang berisiko terkena penyakit jantung koronari seperti perokok, penghidap diabetes, hipertensi atau hiperkolesterolemia (kolesterol tinggi dalam darah) juga dinasihatkan melakukan pemeriksaan berkenaan.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya jalani pemeriksaan kesihatan jika baru hendak memulakan aktiviti bersukan, atau jika ada masalah, jumpa dengan doktor untuk pemeriksaan,” katanya.

Individu berusia 35 tahun ke atas juga jelas Dr Rozmy, dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala termasuk pemeriksaan tekanan darah, kolestrol dan tahap gula dalam badan kerana ia adalah faktor yang boleh menyebabkan serangan jantung.

“Walaupun sukar untuk mengesan SCA berikutan tiada tanda-tanda yang jelas, kadangkala terdapat simptom untuk mengenal pasti kehadirannya.

“Ia termasuk sakit dada, sukar bernafas, berasa lemah, denyutan jantung yang laju, sakit kepala dan hampir pengsan,” katanya.

Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga Dr Rizmy menegaskan, kesedaran mengenai bahaya SCA perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat, memandangkan ia boleh menyebabkan kematian jika tidak diberikan rawatan kecemasan dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Latihan CPR yang diajar di sebuah sekolah di luar negara. - Gambar AFP
Latihan CPR yang diajar di sebuah sekolah di luar negara. - Gambar AFP

Menurut beliau, orang ramai seharusnya diajar teknik Sokongan Asas Hidup atau “Basic Life Support” (BLS) seperti cara bantuan pernafasan CPR atau menggunakan alat Automatic External Defibrillator (AED) kepada mangsa yang mengalami sakit jantung secara mengejut terutamanya SCA.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 15 peratus daripada 109,164 kematian yang disahkan secara perubatan di negara ini pada 2019 adalah berpunca daripada penyakit jantung.

Berkongsi data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beliau berkata, lebih 18.6 juta kematian akibat penyakit jantung di seluruh dunia direkodkan pada tahun sama.

“Angka kematian akibat penyakit jantung dijangka meruncing terutama ketika seluruh dunia berdepan pandemik COVID-19 yang menyebabkan akses kepada informasi dan rawatan penyakit jantung serta penyakit tidak berjangkit menjadi sukar,” katanya. - Getaran, 17 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad