web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar Asrama Sekolah Menengah Cetus Kluster Baharu Di Tambunan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 8:57PM

Pelajar berusia 18 tahun itu dikesan positif COVID-19 selepas menjalani ujian kendiri dan RTK-Antigen. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, Tambunan dikenal pasti menjadi punca kluster baharu COVID-19, di sini, hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pelajar berusia 18 tahun disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian kendiri dan RTK-Antigen kerana mengalami gejala.

"Hasil ujian saringan yang dilakukan ke atas kontak rapat dalam kalangan rakan seasrama, 34 individu lagi disahkan positif virus berkenaan sekali gus mencetuskan Kluster Jalan Kepayan Lama, Tambunan berkaitan institusi pendidikan.

"Sehingga kini, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mendapati jangkitan hanya berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama," katanya.

Menurut beliau, semua pelajar terbabit telah diasingkan untuk rawatan lanjut.

Secara keseluruhan, kedudukan jangkitan COVID-19 di Sabah lebih baik berbanding semalam apabila mencatatkan penurunan sebanyak 52 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 213, berbanding semalam.

"Kota Kinabalu terus menjadi daerah tertinggi merekodkan bilangan kes baharu iaitu 47, diikuti Tambunan sebanyak 36.

"Tiada kes baharu dilaporkan di Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Nabawan, Tongod, Kalabakan dan Kudat," katanya. - Getaran, 16 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik