web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasatan Terperinci Sebelum Buat Keputusan Kes Rohana - Hamzah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 7:44PM

Rohana Abdullah memeluk Chee Hoi Lan, iaitu warga emas yang telah menjaganya selepas ditinggalkan oleh ibu kandungnya, seorang warganegara Indonesia, 22 tahun lalu. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kisah Rohana Abdullah yang dibesarkan oleh seorang warga emas berusia 83 tahun masih dalam siasatan sebelum sebarang keputusan dibuat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut beliau, pegawai kementerian telah diarahkan untuk menyiasat kes remaja terbabit yang ditinggalkan oleh ibunya, seorang warganegara Indonesia ketika berusia dua bulan di sebuah tadika, 22 tahun lalu.

“Saya berasa tersentuh apabila dimaklumkan berhubung perkara ini pada minggu lalu dan telah mengarahkan pegawai saya untuk menyiasat kesahihan maklumat yang diberikan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya hari ini.

Menurut laporan media, Rohana dibesarkan seorang guru tadika, Chee Hoi Lan mengikut cara hidup Islam namun sehingga kini, dia belum memperoleh dokumen untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan yang dimohon.

Rohana yang fasih berbahasa Mandarin, turut meluahkan rasa kasih sayangnya kepada Hoi Lan, 83, dan berterima kasih atas kesudian wanita itu menjaganya selama ini.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim berkata, satu perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diadakan berhubung perkara itu.

Katanya, surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin akaj dihantar dalam waktu terdekat untuk tindakan susulan. - Getaran, 16 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi