web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kamarul Zaman Dilantik Teraju Polis Johor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 1:01PM

Kamarul Zaman (kanan) menerima nota serah tugas Ketua Polis Johor daripada Kok Chin (kiri) sambil disaksikan Razarudin, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jangan jadi pembelot kepada pasukan, itu peringatan pertama Ketua Polis Johor yang baharu, Datuk Kamarul Zaman Mamat kepada semua pegawai dan anggota Polis Kontinjen Johor hari ini.

Kamarul Zaman yang sebelum ini menyandang portfolio Ketua Polis Kedah dilantik menggantikan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan pegawai dan anggota polis supaya sentiasa menjaga integriti dan ikhlas dalam menjalankan tugas, selain berjanji mengambil tanggungjawab diberi secara total, sejajar harapan pucuk pimpinan PDRM, warga pasukan itu dan masyarakat.

"Amanah untuk memimpin PDRM Kontinjen Johor akan saya pikul dengan sesungguhnya, namun saya tidak boleh pikul secara bersendirian. Saya memerlukan sokongan yang padu daripada ketua-ketua jabatan, ketua polis daerah, pegawai dan anggota lain-lain pangkat bagi memastikan Kontinjen Johor terus berada di tahap cemerlang.

"Cemerlang di sini (PDRM), cemerlang di mata masyarakat," katanya.

Kamarul Zaman, 58, yang dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan mula menyertai PDRM pada 1988.

Sepanjang 34 tahun perkhidmatan, beliau menggalas pelbagai tanggungjawab termasuk Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di IPK Johor.

Pada majlis berkenaan, Kamarul Zaman menerima nota serah tugas dan tongkat kuasa Ketua Polis Johor daripada Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin yang memangku jawatan itu sejak dua minggu lalu.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor antara Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Sharifah Mazni Syed Kassim dan isteri Kamarul Zaman, Datin Suriati Muhammad sambil disaksikan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Zainah Othman. - Getaran, 16 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja