web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Saya Sudah Lengkap Imunisasi COVID-19, Dos Penggalak' - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 9:34PM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, beliau sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, termasuk menerima dos penggalak.

“Saya sudah menerima vaksin dos pertama pada 24 Mac dan dos kedua pada 14 April lalu di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya.

“Manakala bagi dos penggalak, saya menerima suntikan ini pada 2 November lalu di Pejabat Kesihatan Titiwangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian bagi menjawab kekeliruan segelintir pihak berhubung status vaksin diterimanya apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab menuduh beliau tidak melengkapkan vaksinasi terbabit.

Seorang pendakwah bebas sebelumnya mendakwa Tuan Ibrahim tidak pernah menerima suntikan vaksin, tetapi menunaikan umrah, baru-baru ini.

Pendedahan itu dibuat pendakwah terbabit menerusi satu rakaman video beberapa hari lalu sehingga tular.

Bagaimanapun, pendakwah itu turut dikritik warga maya selepas mengaku beliau membawa jemaah tidak lengkap divaksinasi untuk menunaikan ibadah terbabit, termasuk individu dalam kerajaan.

Penceramah itu kemudian tampil menjelaskan bahawa vaksin dimaksudkannya adalah Meningococcal Meningitis atau MM dan bukan imunisasi COVID -19. - Getaran, 13 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad