web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh, Kerja Pembersihan Kurang 24 Jam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 8:38PM

Kerja-kerja baik pulih Jalan Ranau-Tambunan yang terputus akibat tanah runtuh mengambil masa 24 jam untuk disiapkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengambil masa kurang 24 jam bagi menjalankan kerja baik pulih Jalan Ranau-Tambunan yang terputus akibat tanah runtuh, berhampiran Kampung Tungou, di sini, semalam.

Jurutera JKR Ranau, Mac Gleb Frederick Lojuman, berkata meskipun pihaknya tidak dapat menjalankan kerja pembersihan serta-merta ekoran keadaan gelap, selain struktur tanah dikhuatiri belum stabil sepenuhnya, usaha itu dimulakan secepat mungkin.

“Kita tidak boleh buat kerja pembersihan lebih awal kerana bimbang berlaku tanah runtuh susulan yang boleh mengancam keselamatan pekerja.

“Bagaimanapun usaha itu dimulakan pagi tadi dan JKR negeri mengambil masa kurang tiga jam untuk membersihkan laluan berkenaan, sebelum ia boleh dilalui kenderaan awam,” katanya.

Perkara itu turut dikongsi Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) II yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin menerusi hantaran Facebook.

Terdahulu, dalam kejadian jam 9 malam itu, tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit, menutupi sepenuhnya laluan dua hala di situ.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib ketika dihubungi berkata, sekurang-kurangnya lapan insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di daerah berkenaan sejak minggu lalu. 

“Ini termasuk kes tanah runtuh skala ringan yang tidak mengganggu atau memberi kesan kepada aktiviti harian penduduk,” katanya.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad