web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Hampir Capai 100 Peratus Populasi Dewasa Divaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 10:52AM

Seramai 22,878,955 individu atau 97.7 peratus telah lengkap divaksin, setakat 11.59 malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di Malaysia menghampiri 100 peratus apabila seramai 22,878,955 individu atau 97.7 peratus telah lengkap divaksin, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW, dalam tempoh sama sebanyak 98.9 peratus atau 23,164,441 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,764,980 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,855,467 atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, sejumlah 216,668 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,627 dos pertama, 3,383 dos lengkap dan 210,658 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 59,033,667 dos dengan 7,570,846 daripadanya adalah dos penggalak.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sebanyak 16 kes kematian direkodkan semalam dengan dua daripadanya adalah kematian di luar hospital.

Daripada keseluruhan 16 kes kematian semalam, sebanyak empat direkodkan di Johor; Sabah (tiga), Kedah dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kematian, manakala masing-masing satu kes di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad