Berita Terkini

2 minit yang lalu: Sam Rainsy telah tinggalkan Malaysia - Wisma Putra 9 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 9 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 9 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri

IKUTI KAMI


Perlis Benarkan Solat Jemaah Rapat Saf Bermula Esok

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 3:04PM

Perlis membenarkan solat jemaah dengan merapatkan saf di semua masjid berkuat kuasa mulai esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perlis membenarkan solat jemaah dengan merapatkan saf di semua masjid di negeri itu berkuat kuasa solat Subuh pada 8 Januari ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah keputusan itu ditetapkan selepas mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail susulan perkembangan semasa COVID-19 di negeri berkenaan.

Titah baginda, selain peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9 peratus (30,575 penerima) sehingga 2 Januari lalu, keadaan penularan wabak di negeri itu adalah terkawal.

“Sukacita dihebahkan berkaitan kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf solat berjemaah di masjid seluruh Perlis yang berkuatkuasa pada 8 Januari sehingga ke satu tarikh dimaklumkan kelak.

"Sehubungan itu, dipertimbangkan dengan penuh hikmah dan teliti serta menilai dengan secara bijaksana dan berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab Raja Pemerintah dan Ketua Agama Negeri,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, bagaimanapun jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menunaikan solat berjemaah itu, termasuk memastikan jarak sejadah antara satu sama lain berdasarkan saiz sejadah standard dan tidak berlaku sentuhan fizikal.

“Namun, jemaah yang tinggal serumah tidak terikat dengan syarat (jarak sejadah) ini,” titahnya.

Baginda bertitah, daripada segi pengekalan SOP sedia ada, jemaah mesti mematuhi peraturan itu sepanjang berada di masjid, termasuk selepas solat dan mendengar kuliah.

“Jemaah juga perlu mengambil wuduk sebelum ke masjid, mengimbas suhu badan dan melaksanakan rekod penjejakan sosial dengan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftar di buku disediakan,” titahnya.

Selain itu, baginda bertitah, pematuhan terhadap SOP di masjid diperketatkan dengan sebarang kontak fizikal, seperti bersalaman tidak dibenarkan.

Titahnya, hanya jemaah yang menerima suntikan vaksinasi lengkap dibenarkan ke masjid, manakala individu mengalami gejala COVID-19, seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selesema dan sebagainya dilarang memasuki institusi ibadah itu.

“Semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah dan jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP,” titahnya.

Baginda turut berharap rakyat Perlis sentiasa mematuhi SOP dan ketetapan peraturan diperkenankan itu.

“Kesungguhan mengimarahkan masjid perlu diteruskan, selain meneruskan ikhtiar pencegahan penularan COVID-19 dalam suasana norma dan kelaziman baharu.

“Nikmat kesihatan dan keselamatan yang dikurniakan Allah ini haruslah disyukuri,” titah baginda. - Getaran, 7 Januari 2022

Sorotan

1

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Timang Cucu Ke-13

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rumah Kongsi 8 Pintu Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 40 minit yang lalu

Sam Rainsy Datang Ke Malaysia, Tapi Sudah Diusir Keluar - Khmer Times

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Siasat Kumpulan Penuntut Dakwa Waris Kesultanan Sulu 

oleh Aiman Sadiq