web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


14 Peratus Jemaah Tak Vaksin, SAFFTA Gesa Tindakan Tegas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 12:21PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap 14 peratus jemaah umrah yang tidak memiliki rekod pengambilan vaksin COVID-19.

Presiden Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), Dr Fathir Adri Alhadad berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu bekerjasama dengan  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) untuk mengenalpasti bagaimana perkara tersebut berlaku sedangkan syarat wajib untuk mengerjakan umrah ialah mengambil vaksin COVID-19.

“Kami berharap KKM dan MoTAC dapat mengenalpasti sama ada mereka yang tidak divaksin itu dikendalikan oleh agensi pelancongan berlesen atau pergi secara sendiri (DIY). 

“SAFTTA juga menggesa MoTAC mengambil tindakan tegas dan tuntas terhadap perkara ini bagi mengelakkan ia berulang,” katanya kepada Getaran.

Dr Fathir Adri Alhadad
Dr Fathir Adri Alhadad

Mengulas lanjut Fathir berkata, pihaknya juga tidak bersetuju dengan penangguhan perjalanan umrah seperti diumumkan kerajaan, ekoran laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa varian Omicron  adalah lemah walaupun mudah berjangkit.

“Memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) semasa ketibaan jemaah umrah adalah lebih praktikal daripada menangguhkan perjalanan ibadah tersebut.

“Ini disebabkan kerugian yang akan ditanggung oleh 10,000 jemaah umrah setelah menerima visa umrah (sahlaku visa selama 30 hari sahaja) untuk bulan Januari ini dan ia turut mencakupi kos hotel dan pengangkutan di Arab Saudi, bernilai sekurang-kurangnya RM3,500," katanya.

Fathir berkata, kos tersebut dianggap hangus kerana tidak akan dapat dipulangkan semula kepada jemaah.

"Ini disebabkan bayaran tersebut telah dibuat kepada pihak di Arab Saudi dan penangguhan ini pula dibuat oleh kerajaan Malaysia,” katanya lagi.

Justeru beliau berkata, kerajaan perlu memandang isu tersebut secara serius serta bertanggungjawab atas penangguhan perjalanan umrah kerana ia melibatkan kerugian sehingga RM35 juta.

Fathir memberitahu, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan tetapi tetap akur penangguhan selama sebulan itu.

“SAFTTA berharap kerajaan akan dapat memperbaiki SOP terutamanya ketika ketibaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di dalam tempoh sebulan penangguhan perjalanan umrah ini. 

“Berdasarkan pengalaman kami, keadaan di pintu masuk itu agak sesak terutamanya pada waktu puncak, kerana terlalu ramai pengembara yang berkumpul di kawasan yang sangat terhad untuk menjalani pemeriksaan dikendalikan KKM,” katanya.

Menurutnya lagi, SAFTTA juga berharap agar tempoh sebulan itu tidak dilanjutkan.

"Ia amat penting bagi membantu agensi pelancongan menjadualkan semula perjalanan jemaah mereka," katanya. - Getaran, 7 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik