web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Veteran ATM Rugi RM50,000, Itik Ternakan Mati

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 7:57AM

Mat Sidek Ibrahim, menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, ketika beliau membuat lawatan kerja sempena program Cakna Veteran ATM di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, 4 Januari lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT - Seorang veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM50,000 susulan banjir di kediamannya di Taman Sri Nanding di sini pada 18 Disember lepas yang merosakkan peralatan rumah dan mengorbankan 170 itik ternakan.

Ini secara tidak langsung menjejaskan sumber pendapatan Mat Sidek Ibrahim, 63, yang merupakan penternak itik yang sebelum ini memiliki 200 itik.

“Saya menternak itik selepas berkhidmat dalam TUDM sejak tahun 2003 dan menjadikan penternakan itik sebagai pendapatan sampingan selepas bersara. 

Kini, itik saya hanya tinggal 30 ekor akibat bencana berkenaan. Kawasan saya terjejas teruk dalam bencana itu kerana terletak sangat berhampiran dengan Sungai Langat kira-kira 500 meter sahaja,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mat Sidek berkata bencana banjir itu di luar jangkaan dan semasa kejadian, beliau bersama isterinya berada di Melaka menziarahi sanak-saudara di sana.

Pada Isnin lepas, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz memaklumkan seramai 800 veteran dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terjejas dalam bencana banjir telah dikenal pasti di seluruh negara setakat 4 Januari lepas di bawah program Cakna Veteran ATM. - Bernama

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad