web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengemis Rohingya Bersikap Biadap Boleh Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 2:55PM

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain menyaksikan upacara penyerahan tongkat kuasa antara bekas Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat (kiri) dengan penggantinya, CP Wan Hassan Wan Ahmad di IPK Kedah, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Biarpun tiada laporan polis dibuat, etnik Rohingya yang mengemis secara biadap dan berbahaya di jalanan boleh dikenakan tindakan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain menegaskan, pihaknya sudah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara untuk memantau perkara tersebut.

“Tindakan terhadap mereka (etnik Rohingya) ini boleh diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil sama ada terdapat laporan polis atau tidak. Boleh diambil tindakan daripada laporan media.

“Seperti kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, undang-undang Malaysia ini tidak tertakluk kepada warganegara sahaja, sebaliknya terpakai kepada sesiapa sahaja yang melakukan jenayah termasuk kesalahan kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kedah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kedah di IPK Kedah di sini, hari ini.

Majlis itu menyaksikan bekas Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Kedah bagi menggantikan Datuk Kamarul Zaman Mamat yang bakal menyandang jawatan Ketua Polis Johor.

Isu pengemis dalam kalangan warga Rohingya hangat diperkatakan sejak minggu lalu selepas beberapa klip video yang memaparkan sikap biadap kanak-kanak etnik itu ketika mengemis tular di media sosial.

Selain menunjukkan isyarat lucah kepada orang awam, kanak-kanak terbabit cuba membuka pintu kereta individu yang merakam kegiatannya itu.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, kejadian membabitkan aktiviti etnik berkenaan berlaku di bandar besar, seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Mereka selalunya akan melakukan kegiatan itu di kawasan sesak, kebiasaannya di kawasan lampu isyarat.

“Peringkat umur yang meminta sedekah pula pelbagai, ada dewasa dan ada belasan tahun, itu kita tak boleh nafikan,” katanya.

Ditanya sama ada kegiatan mengutip sedekah dilakukan warga Rohingya itu didalangi sindiket, Razarudin tidak menolak kemungkinan terbabit.

“Ada kemungkinan, tetapi saya tak boleh nak sahkan lagi.

“Kita akan kumpul hasil siasatan dan risikan untuk meneliti perkara tersebut,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad