web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Didenda Buat MyKad, Wanita Dakwa Diri Disamun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 9:34PM

Merbin Lisa

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Hanya kerana mahu mengelak daripada didenda, seorang wanita berdepan tindakan lebih keras, apabila dicekup pihak polis kerana membuat laporan palsu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supritendan Merbin Lisa berkata, wanita berkenaan membuat laporan konon disamun, kerana mahu mengelak daripada didenda apabila membuat MyKad baharu.

Menurut beliau, suspek berusia 30 tahun itu mendakwa disamun di Jalan Wan Alwi di sini pada jam 9.10 malam semalam.

"Dalam laporan itu, suspek mendakwa disamun dua lelaki menunggang motosikal jenis EX5 berwarna hitam, ketika sedang berjalan kaki.

"Dia mendakwa, kedua-dua lelaki tersebut datang dari arah belakang dan mengacukan pisau, sebelum mengambil beg silang dibawanya," katanya hari ini.

Merbin berkata, siasatan lanjut bagaimanapun mendapati, laporan yang dibuatnya adalah palsu.

"Semuanya kerana dia mahu mengelak daripada didenda semasa membuat kad pengenalan baharu.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Sarawak bagi mendapatkān arahan pendakwaan di mahkamah esok," katanya.

Beliau menegaskan, individu yang didapati bersalah membuat laporan palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua- duanya sekali," katanya. -  Getaran, 3 Januari 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad