web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di 4 Negeri Catat Peningkatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 7:49AM

Penduduk meredah air untuk pulang ke rumah selepas jalan terputus akibat banjir di Kampung Minda, Dungun, Terengganu, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka, Johor, Pahang dan Sabah terus mencatat peningkatan malam tadi, Terengganu kekal manakala Negeri Sembilan merekodkan penurunan. 

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,778 orang daripada 462 keluarga pada 8 malam berbanding 1,661 orang daripada 429 keluarga pada 4 petang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan empat di Jasin.

"Seramai 799 orang daripada 217 keluarga ditempatkan di 10 PPS di Alor Gajah, 903 orang daripada 228 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Melaka Tengah serta 76 orang daripada 17 keluarga ditempatkan di dua PPS di Jasin,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Di JOHOR, dua daerah menjadi kawasan terbaharu terjejas banjir iaitu Johor Bahru dan Kluang setakat 8 malam. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata lapan PPS baharu dibuka iaitu lima di Segamat, satu di Johor Bahru dan dua di Kluang. 

"Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,553 orang daripada 653 keluarga malam ini berbanding 2,022 orang daripada 512 keluarga petang tadi," menurutnya dalam kenyataan. 

Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,366 orang diikuti Kota Tinggi (113 orang), Tangkak (51), Kluang (22) dan Johor Bahru seorang. 

Di PAHANG, mangsa banjir terus meningkat malam ini dengan sejumlah 2,137 orang masih berada di 49 PPS di lapan daerah berbanding 2,058 pada sebelah petang, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri. 

Daerah terbabit iaitu Raub, Lipis, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin dilanda banjir gelombang kedua manakala Temerloh dan Pekan masih mempunyai mangsa banjir yang berlaku pada pertengahan bulan lepas. 

Antara jalan yang masih ditutup ialah Jalan Bentong-Gua Musang di Lipis, Jalan Ulu Dong (Raub), Jalan Sungai Lembing (Kuantan), Jalan Kuantan-Segamat (Pekan) dan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran). 

Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan enam sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Tanum di Chegar Perah dan Sungai Jelai di Lipis, Sungai Pahang di Paya Gintong (Jerantut), Sungai Pahang di Kuala Krau (Temerloh), Sungai Serting di Padang Gudang (Bera) dan Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran). 

Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,823 orang daripada 599 keluarga malam ini berbanding 1,249 orang daripada 432 keluarga petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan empat PPS baharu dibuka di Kota Marudu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11 yang menempatkan 1,474 orang daripada 520 keluarga sekali gus merupakan daerah dengan mangsa banjir paling ramai setakat ini.

Satu PPS baharu dibuka di daerah kecil Paitan menjadikan tiga PPS beroperasi menempatkan 81 orang daripada 18 keluarga manakala tiga PPS di Telupid menempatkan 43 orang daripada lapan keluarga.

Selain itu, satu PPS dibuka masing-masing di tiga daerah dengan Sandakan menempatkan 151 orang daripada 35 keluarga diikuti Beluran (38 orang daripada lapan keluarga) dan Pitas (36 orang daripada 10  keluarga).

Pemantauan mendapati Sungai Bongon di Kota Marudu berada pada paras berbahaya manakala Jalan Langkon Pitas dan Jalan Bolatan Gosen di daerah itu hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Menurut sekretariat itu, kejadian tanah runtuh juga dilaporkan di Jalan Kompleks Sukan di daerah Ranau dan Kampung Warisan di Kinabatangan namun tanpa kejadian tidak diingini.

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan jumlah mangsa banjir membabitkan 20 PPS menurun kepada 1,892 individu daripada 505 keluarga setakat 9 malam berbanding 1,973 orang daripada 532 keluarga pada 4 petang. 

TERENGGANU pula menyaksikan jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 42 keluarga di dua PPS di daerah Dungun.

PPS yang masih beroperasi ialah Dewan Orang Ramai Kampung Shukor yang menempatkan 68 orang daripada 20 keluarga dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja (69 orang, 22 keluarga).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,  Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata pihaknya masih memantau trend turun naik air sungai yang terletak berdekatan kedua-dua kampung.

"Sekiranya paras air sungai tidak lagi membimbangkan, mangsa dibenarkan pulang esok dan dua PPS itu akan ditutup namun kita tetap berwaspada dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia," katanya.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal rasmi https://publicinfobanjir.water.gov.my pula memaklumkan dua sungai merekodkan ketinggian melepasi paras amaran malam ini iaitu Sungai Terengganu di jambatan angkat dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di kebanyakan negeri hingga Selasa ini . 

MetMalaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan negeri terbabit ialah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad